Wednesday, April 13, 2011

HarGaILaH WanIta WahaI LelaKi






Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu akurasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Diasanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Seringaku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa akunak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku danmeminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan,dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiriwalaupun jelas memang salahku. Dia wanita yang rela berkorban apasahaja kecuali satu, dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memilikiikatan yang sah . Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuanyang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nakpeluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satutahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawanaku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu,dia cuma senyum dan cakap pada aku, "Belum tentu perempuan yang sentuhboyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak... Belumtentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya adauntuk awak..." Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Akutengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan akusayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan akudengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapanyang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa akudah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanyaberlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan. "Mungkin kita tak adajodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebihbaik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir.Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkandia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak,terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang palingpenting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia," tukata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mataberlinang. Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah denganperempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat akunak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudahtersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan akulihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelakiyang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya.Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi. Di hospital keadaankelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala.Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorangwanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnyaair mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dahsakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semogadia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruangdalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia.Dia ikhlas sayangkan aku. Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Diaberada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampumendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannyamenghulurkan sesuatu. "Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau," hanyaitu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu.Pandangan kawannya pada aku penuh benci. 





Tahukan kawan dia tentangkejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengankawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi akusekadar buat tak tahu. Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pastihadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertasitu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botolitu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna birukegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu. "Dalam origamibintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATUsahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebabkesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap harisaya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak adadalam hati saya. Happy Birthday sayang..." Aku buka botol kaca berbentukhati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnyatertulis, "Love is like a poisonous mushroom. You don't know if it isthe real thing until it is too late.." Aku tersenyum sendiri. Aku bukalagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu haricuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untukaku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelarlelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata akutak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itusehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita yangluhur. Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar,bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Diabukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memilikikecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat denganmana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadarmenurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berseliratdengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnyatangannya. Pertama kali aku menyentuhnya. Aku bisikkan ketelinganya,"Sayang..saya datang... Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyakbersalah pada awak. Saya minta maaf," pertama kali aku minta maafdarinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic. "Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?"jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawatbergegas masuk dan aku diminta keluar. Setiap hari aku berdoa supayadia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambilnyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masihperlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat beritadia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang palingbermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahumelawat dia. Aku rindu senyuman dia. Aku mendapat panggilan telefonyang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, akuterlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan akuuruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai. Taksangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu terterabahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal bersertanamaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku."Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola.Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka.Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebabdia nak buat surprise. Dia cakap dia nak makan kek ni dengan abang.Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abangjaga akak tu elok-elok," ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang dikedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital. Sampaidi hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapabersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakanterkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakitmakan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku. "Sayang.. terimakasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tukirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Sayasuapkan ya?" aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernahduga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia takpernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Akupernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin diaterlalu terluka dengan aku. "Baliklah. Saya makin sakit tengok awak.Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awaklagi," pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Diatak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia takpernah macam ni. Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil diasudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Darijururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudahstabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itumemberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dialumpuh. Dia lumpuh kerana aku! Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejakkejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar beritapun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengankawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya.Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah,panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin.Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satuwajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia.Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makanbersama lelaki lain. Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Diamengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang jugamakan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Danaku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebihserba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahalmilik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain. Suaminyalelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapatmenyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Danaku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalamhatinya yang suci. Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernahdiberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah gantidengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipiliholeh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpanserpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangatmustahil untuk kembali seperti dulu. Pesanan buat semua lelaki,hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. Matanyasangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata denganperbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan denganasap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buatdia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibiritu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap kemahuanku. Telinganyaaku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkanmenerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu torehdengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu.Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana diasudah dimiliki orang lain.


No comments:

Post a Comment