Friday, April 25, 2014

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MENGIKUT SLOT PENGAJARAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MENGIKUT SLOT PENGAJARAN

Tajuk : Keluarga Saya
Tema : Diri dan Keluarga Saya
Tarikh : 8 Mac 2010
Hari : Isnin
Kelas : Cemerlang
Masa : 9.00-9.30 pagi
Kehadiran : Lelaki : 5 orang
Perempuan : 10 orang
Jumlah : 15 orang
Komponen : 1. Perkembangan kognitif
2. Perkembangan bahasa dan komunikasi
3. Perkembangan fizikal

Objektif : Pada akhir sesi pembelajaran, kanak-kanak akan dapat :
1. Bersoal jawab berdasarkan tema, minat dan situasi semasa
2. Mempelbagaikan perkembangan emosi
3. Memperbanyak perbendaharaan kata
4. Mengenal pasti perlakuan yang baik dan salah
Pengetahuan sedia ada : 1. Salasilah ahli keluarga
2. Pendedahan tentang adab secara asas
Penerapan nilai : 1. Kerjasama
2. Bertanggungjawab
3. Kasih sayang terhadap ahli keluarga
4. Hormat-menghormati
Strategi : 1. Aktiviti kelas
2. Aktiviti individu



Aktiviti : 1. Kanak-kanak menonton cerita
2. Kanak-kanak menceritakan pengalaman dengan keluarga
3. Kanak-kanak diterapkan cara-cara beradab dengan ahli keluarga
4. Kanak-kanak menyanyi lagu dengan bimbingan guru
Alat bantu mengajar : 1. Microsof power point
2. Video
3. Lirik lagu


Masa Tunjang Standard pembelajaran Aktiviti guru Aktiviti murid Catatan / Bahan
Set induksi
( 3 minit ) Komunikasi
( BM ) ( BM 1.1.1 )
Mendengar ucap selamat dan memberi respon yang bertatasusila dengan bimbingan. 1. Bertanya khabar murid dan bercerita tentang asas dalam keluarga. 1. Kanak-kanak bersoal jawab dengan guru.

Langkah 1
( 10 minit ) Komunikasi
( BM ) ( BM 2.2.3 )  Bersoal jawab berdasarkan ransangan yang diberi 1. Guru menayangkan video cerita.
2. Guru bersoal jawab dengan murid.
1. Murid menonton video yang ditayangkan.
2. Murid bersoal jawab dengan bimbingan guru.
1.  Video
Langkah 2
(  7 minit ) Pendidikan Moral
(PM 5.1 )
Beradab sopan dalam pergaulan seharian
1.  Guru menayangkan video berkaitan adab seharian
2.  Guru bersoal jawab dengan kanak-kanak.
1.  Kanak-kanak menonton video yang ditayangkan.
2. Kanak-kanak bersoal jawab dengan guru.
1.  Video

Langkah 3
( 5 minit ) Fizikal dan estetika (KTI 2.1.13 )
Menyanyi dengan gerakan 1.  Guru meyanyi lagu dan membuat pergerakan
2.  Guru meminta kanak-kanak menyanyi lagu dengan iringan muzik. 1.  Kanak-kanak mendengar dan membuat pergerakan secara perlahan.
2.  Kanak-kanak menyanyi lagu dengan iringan muzik. 1.  Lirik lagu
Penutup
( 5 minit ) Komunikasi
(BM) ( BM 2.1)
Berinteraksi dengan mesra
1. Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan keseluruhan perkara yang diajar.
2. Guru membuat kesimpulan tentang apa yang diajar. 1. Murid menjawab soalan dengan bimbingan guru.

Refleksi :   Guru :
   Murid :

No comments:

Post a Comment