Friday, April 25, 2014

Pertumbuhan bahasa kanak-kanak

1.0         Fokus Kajian
Pertumbuhan bahasa kanak-kanak meliputi tiga komponen iaitu sintaksis, fonologi dan semantik. Ketiga-tiga komponen ini tumbuh secara bersama-sama. Walau bagaimanapun, perbincangannya selalu dipisah-pisahkan untuk memudahkan pemahamannya. Pertumbuhan sintaksis bermula pada waktu seseorang kanak-kanak mulai menerbitkan ayat-ayat yang terdiri daripada dua kata atau lebih. Pada umumnya kanak-kanak mulai menggabungkan dua kata pada umur menjelang dua tahun. Peringkat fonologi pula lebih kepada pengeluaran bunyi bahasa yang bermakna kepada kanakkanak. Dengan berinteraksi dengan kedua ibu bapanya melalui bunyi-bunyi tertentu (cooing) dan membabel, seseorang bayi itu sebenarnya sudah mula mencipta bahasa untuk berkomunikasi pada usia akhir satu tahun (Mei-Yu 2000).
Manakala peringkat semantik pula ialah peringkat di mana kanak-kanak mula memahami maksud ayat ujarannya atau ayat-ayat yang diterimanya. Pada permulaan usia dua tahun, perkataan pertama bagi kanak-kanak akan muncul. Peringkat ini dipanggil peringkat “holofrasa” kerana perkataan yang dikeluarkan oleh kanak-kanak biasanya terdiri daripada satu atau dua patah perkataan mudah dalam satu masa. Bagi mereka ujaran satu perkataan tersebut seolah-olah mewakili makna keseluruhan ayat yang lengkap (Shaffer 1999). Perkataan pertama kanak-kanak biasanya sangat berbeza daripada sebutan perkataan orang dewasa, dan perkataan-perkataan awal tersebut kebanyakannya kerap kali tidak jelas dan hanya terhad kepada nama-nama objek, orang atau perkara-perkara tertentu sahaja (Bukatko & Daehler 1995). Jelasnya, perkataan awal kanak-kanak lebih berbentuk kontekstual. Kanak-kanak akan menggunakan perkataan tunggal untuk membezakan seseorang atau sesuatu benda dalam keadaan yang berbeza (misalnya memanggil “ma” apabila melihat ibunya masuk ke bilik), kemudian melabelkan objek dengan 2 menghubungkan kepada seseorang (misalnya menyebut “ma” apabila melihat gincu bibir ibunya atau tas tangan kepunyaan ibunya), atau bagi menggambarkan kehendak (menyebut “ma” sambil menghulurkan kedua-dua belah  tangan supaya didokong oleh ibunya).
Mengikut Barret (1985) pada kebiasaannya pada tahap ini kanak-kanak lambat menghasilkan perkataan. Tetapi apabila mereka memperoleh lebih daripada sepuluh patah perkataan, kanak-kanak tersebut mula menambah perkataan baru dengan kadar yang cepat atau dipanggil “ledakan perbendaharaan kata” (vocabulary spurt). Pada usia dua tahun kanak-kanak mula menggabungkan perkataan untuk menghasilkan ayat (Bukatko & Daehler 1995). Pada kebiasaannya ayat pertama yang mereka gunakan terdiri daripada dua patah perkataan dan sekali-sekala lebih panjang sedikit. Pada peringkat ini disebut juga sebagai ‘ucapan telegram” (telegraphic speech) kerana pembentukan ayatnya seperti ayat-ayat yang digunakan dalam telegram. Mengikut Berk (2000) ayat-ayat awal kanak-kanak mempunyai perkataan-perkataan asas seperti yang digunakan dalam telegram, iaitu hanya menggunakan kata nama dan kata kerja dengan mengabaikan kata fungsi, kata penentu, kata gantinama diri, kata gantinama penunjuk dan kata kerja bantu. Meskipun ayat pertama kanak-kanak tidak mempunyai  tatabahasa sebagaimana pertuturan orang dewasa, tetapi mereka jauh lebih banyak menggabungkan rangkaian perkataan biasa.
Mengikut Braine (1976) ujaran mereka mempunyai struktur ayat yang tersendiri iaitu terdiri daripada beberapa perkataan yang digelar “kata paksi”  yang digunakan dalam posisi tetap, dan digabungkan dengan perkataan yang jarang digunakan yang dirujuk sebagai “kata bebas” dan mudah digantikan dengan perkataan-perkataan lain. Sebagai contoh, kanak-kanak akan menggunakan perkataan satu perkataan sebagai kata paksi, dan menjadikan ayat sebagai  “nak nasi”,  “nak air”, ”,  “nak ikut” atau “banyak biskut”, “banyak kereta”, “banyak epal” dan sebagainya. Selain itu kreativiti juga memainkan peranan penting pada peringkat awal pertuturan kanak-kanak. Ayat-ayat yang diujarkan oleh kanak-kanak pada peringkat ini biasanya tidak terdapat dalam ujaran orang dewasa. 

2.0         Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk memerhati dan melaporkan penghasilan bahasa kanak-kanak yang berusia lebih daripada dua tahun dan ke atas dari segi penerimaan (receptive). Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk memerhati dan melaporkan penghasilan bahasa kanak-kanak yang berusia lebih daripada dua tahun dan ke atas dari segi pengeluaran (productive).

3.0         Kumpulan Sasaran
Subjek kajian dalam kajian ini ialah seorang kanak-kanak lelaki yang dirujuk sebagai SF berusia 2 tahun 3 bulan (2:3) dan rakannya SK berusia 2 tahun 4 bulan (2:4) yang kedua-duanya berketurunan Melayu dan bertutur dalam bahasa Melayu dialek Kelantan sebagai bahasa ibundanya.




4.0         Kaedah Kajian
 Kajian ini merupakan satu kajian kes tentang pemerolehan bahasa kanak-kanak dari aspek ‘penerimaan’ dan ‘pengeluaran’. “Penerimaan’ dan ‘pengeluaran’ adalah dua ciri penting dalam medium bahasa lisan. Kajian tentang penguasaan bahasa kanak-kanak ini berpusat kepada penguasaan tatabahasa rumus ayat (syntax grammatical rules) yang dikatakan tidak sama dengan sistem orang dewasa.




















5.0         Analisis
SET 1
JUMLAH POLA AYAT UJARAN SF
POLA AYAT
JUMLAH 
JUMLAH MORFEM

Kata tunggal

11 (22.4%)
21

Dua kata
25 (51.0%)
60

Tiga kata
8 (16.3%)

46
Empat kata ke atas
5 (10.2%)
26

Jumlah Ujaran 
49 
153

MLU = 3.12

JUMLAH POLA AYAT UJARAN SK (RAKAN SF)
POLA AYAT
JUMLAH
JUMLAH MORFEM

Kata tunggal
15 (65.2%)
30

Dua kata
8 (34.8%)
25

Tiga kata


Empat kata ke atas


Jumlah Ujaran 
23
55

MLU = 2.39

SET 2
JUMLAH POLA AYAT UJARAN SF
POLA AYAT
JUMLAH
JUMLAH MORFEM

Kata tunggal
26 (44.0%)
59

Dua kata
22 (37.2%)
70
Tiga kata
6 (10.1%)
24

Empat kata ke atas
5 (8.4%)
30

Jumlah Ujaran 
59
183

  MLU = 3.10














6.0         Rumusan dan Cadangan
Kesimpulannya, aspek ayat memainkan peranan penting dalam penguasaan bahasa kanak-kanak dalam menuju kebolehan bahasa orang dewasa. Penguasaan ayat merupakan satu daripada dua perkara penting dalam menguasai sistem bahasa selain morfologi. Kedua-duanya dikenali sebagai lexicogrammar. Penguasaan ayat juga tidak dapat dipisahkan daripada penguasaan fonologi dan semantik sesuatu bahasa.
Penguasaan bahasa kanak-kanak perlu ditingkatkan dengan mengadakan lebih banyak penekanan dalam aspek pembacaan mereka terutamanya ketika berada di rumah dan prasekolah. Seterusnya, kanak-kanak perlu digalakkan menggunakan bahasa Melayu bagi meningkatkan penguasaan mereka. Galakkan ini memerlukan bimbingan ibu bapa dan guru dengan  sewajarnya.

















No comments:

Post a Comment