
1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan
biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu
dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha.
Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh
disertai dengan tawakkal, insyallah akan
menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh
kerana mudah patah semangat.
Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda
jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni.
Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua
perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah,
solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain,
meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan
menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci
orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus
sentiasa bersedia untuk bertemu dengan
pasangannya pada bila-bila masa.
Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang
paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama
adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya.
Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan
menjadi tarikan pertama.
Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta.
Cinta boleh berputik pada bila-bila masa.
Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa
bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati.
Justeru, perhebatkan hubungan mata secara
memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran.
Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda
terhadap pasangan dengan gelombang
fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati
sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan.
Perkara yang baik disegerakan
(iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha
untuk berkenalan. Orang lelaki akan
sentiasa merasakan mereka yang memulakan
perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra dan
bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan.
Elakkan bercakap sambil lewa atau
kurang sopan terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa
yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya.
Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti
kawan lama walaupun baru berkenalan.
Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal
peribadi yang munasabah kepada bakal
pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai
mendampingi orang lain dan seronok
untuk didampingi oleh orang lain. Buang
perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang.
Orang yang masih ada perasaan benci
terhadap sebarang orang boleh menyebabkan
bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita.
Justeru buang semua benci.
21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan.
Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang
anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.
22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada
perempuan yang simple, tidak materialistik,
mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada
lelaki yang memberi perhatian, penghargaan
dan penghormatan kepada mereka.
Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
24. Orang lelaki perlu belajar mengenal
kerenah orang perempuan. perasaan,
pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
25. Elakkan memberi tumpuan kepada
kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada
bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk
atau memalukan bakal pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan
dan bahasa badan yang penuh kemesraan
akan menambat lelaki terhadap wanita.
27. Orang mudah tertawan kepada bakal
pasangan yang ada persamaan dan ada
perbezaan sifat, tindakan dan minat.
Terlalu banyak persamaan membosankan.
Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik kepada bakal
pasangan yang ada sikap dan sifat yang
saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
29. Walaupun belum kenal rapat dengan
bakal pasangan, nyatakan yang anda
sering merasa atau berfikir seperti yang
dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
30. Perempuan membentuk hubungan
dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk
hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
31. Orang mudah tertawan kepada bakal
pasangan yang mempunyai persamaan
daripada berbagai segi seperti kefahaman
politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.
32. Dua orang yang amat banyak
perbezaan boleh serasi antara satu
sama lain jika mempunyai satu atau
dua persamaan yang mendalam seperti
suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
33. Tindakan yang serentak akan menarik
bakal pasangan terhadap anda. Contohnya,
serentak berpaling, serentak angkat gelas,
serentak berdiri, serentak nak ke tandas.
34. Tawan hati bakal pasangan dengan
pamerkan emosi yang sama terhadap
sesuatu kejadian atau peristiwa –
sama-sama gembira, sedih, terperanjat,
benci, simpati dan sebagainya.
35. Dua insan mudah serasi jika
mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan –
tahap keakraban, kebebasan,
kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.
36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh
bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang
disukai oleh bakal pasangan anda.
Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan
pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.
37. Semua orang mencari cinta sejati
tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik
kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana
wajah, harta, keturunan atau glamornya.
38. Bakal pasangan akan tertawan kepada
anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej
dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.
39. Keikhlasan amat penting dalam memuji
atau memotivasi bakal pasangan.
Jika kita didapati bohong, dia akan terus
menjauhkan diri daripada kita.
40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak
sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan.
Pujian daripada kawan baru lebih bermakna
dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan
yang digemari bakal pasangan anda.
Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan
dihargai dan akan tertawan kepada anda.
42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan
anda yang orang lain tidak nampak.
Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan
dia akan mudah tertawan kepada anda.
43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji ,
cari pujian yang original untuk menambat hatinya.
Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian
amat dialukan dan dihargai.
44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap
pencapaian atau kejayaan bakal pasangan.
Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
45. Jika bakal pasangan memuji anda,
pamerkan keseronokan anda dengan senyuman
dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
46. Cari keunikan, kelucuan atau
‘kegilaan’ bakal pasangan anda.
Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut.
Ini buat dia rasa istimewa.
47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik
atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara
dan sepadan dengan kita.
48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar
untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada
pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci
dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang
gentleman – bersopan santun, suka membantu,
menghormati wanita, berani dan yakin diri.
50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar,
perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran
komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya
di samping memasukkan sifat perempuan dalam
dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi ,
timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan
disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam
politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain.
Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.
53. Untuk menambat hati wanita, kerap
bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya,
kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara
yang berkaitan dengan emosi.
54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan
harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan
mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
55. Orang lelaki amat pantang bila bakal
pasangan menempelak atau menunjukkan
kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut.
Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
56. Orang perempuan mudah tertawan kepada
lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf,
meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar,
bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan
harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas.
Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan
unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
58. Jika orang perempuan marah, pujuklah
dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah,
dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat.
Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang
pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.
59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya
Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan
bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan
beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang,
ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap
secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.
i loike yg 47 tu..hihi..
ReplyDeletehehhehe......u'r owez like it..but i like it too...tht's way nak cri y xensem jer...hehehheh..ngeee..=)
ReplyDeletebtol3..nk cari yg x ncem je kan??hihihi
ReplyDelete