1.0
PENGENALAN
Gejala sosial sering dikaitkan dengan remaja belasan tahun kerana ketika ini mereka memerlukan lebih perhatian daripada ibu bapa dan keluarga mereka. Punca utama berlakunya gejala sosial ialah perubahan ke arah arus modenisasi dan globalisasi. Globalisasi dan modenisasi ialah perubahan yang berlaku bukan hanya meliputi ekonomi sesebuah negara, malah ia juga meliputi budaya dan pemikiran masyarakat. Globalisasi dan modenisasi berlaku dengan cepat dan agresif kerana adanya kemudahan-kemudahan yang canggih seperti multimedia dan teknologi maklumat.
Sebagai remaja, kita mempunyai sikap ingin tahu dan ingin mencuba sesuatu yang baru tanpa memikirkan baik buruk sesuatu perkara. Lebih-lebih lagi apabila perkara tersebut melampaui batas dan tuntutan agama serta melanggar budaya ketimuran. Contoh perkara yang tergolong dalam gejala sosial ialah pergaulan bebas, mewarnakan rambut, berpakaian seksi dan menjolok mata, membuat tattoo, meminum minuman keras, mengambil dadah, lumba haram, vandalisme, dan sebagainya sehingga menjurus kepada masalah-masalah sosial yang lebih serius. Sesetengah masyarakat mungkin menganggap gejala ini sebagai fenomena biasa tetapi di negara kita, kita masih berpegang teguh kepada budaya ketimuran dan gejala ini perlulah diatasi dengan segera.
Di dalam arus globalisasi dan modenisasi ini, masyarakat lebih mementingkan materialistik dan mereka lebih bersifat individualistik berbanding masyarakat tradisional yang mengamalkan sikap tolong-menolong antara satu sama yang lain. Masyarakat moden hari ini juga lebih bersikap kompetitif, bercita-cita tinggi dan tidak lagi menganggap saudara mara dan jiran-jiran mereka sebagai rujukan. Ukhuwah dan persaudaraan yang ada pada masyarakat moden ini telah terhapus walaupun sebagai masyarakat Melayu, tuntutan agama terhadap perpaduan dan persaudaraan amat dituntut.
Firman Allah s.w.t, “Wahai umat manusia, sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dalam kalangan lelaki dan perempuan, dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu saling berkenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antaramu. Sesunggguhnya Allah maha mengetahui lagi mendalam pengetahuan-Nya.” Surah Al-Hujuraat: Ayat 13.
Firman di atas menunjukkan bahawa orang mukmin adalah bersaudara dan sebagai orang mukmin, kita perlulah mewujudkan perhubungan yang baik. Jika sesuatu ketidaksefahaman antara dua kelompok orang islam, maka al-Quran telah memberi contoh penyebab yang terjadi kepada masyarakat zaman dahulu yang mengalami keretakan perhubungan sekaligus melarang orang mukmin dari melakukannya.
TAHUN
KES ROGOL
1993
869
1994
965
1995
1029
1996
1098
1997
1429
1998
1539
1999
1457
2000
1217
2001
1386
2002
1431
2003
1479
1.1
Statistik Rogol Dari Malaysia Crime Prevention
2.0
PENGERTIAN ROGOL
Rogol atau pencabulan ke atas seseorang adalah salah satu serangan seksual yang dianggap sebagai satu kes jenayah yang paling serius. Definisi teknikal untuk rogol ialah merangkumi serangan yang serius dan yang dapat merosakkan seseorang individu atau sekumpulan manusia, tetapi di dalam kehidupan seharian istilah rogol ini lebih dikenali sebagai serangan seksual.
Dalam undang-undang jenayah, istilah rogol dianggap sebagao serangan seksual oleh mana-mana pihak terhadap seseorang individu. Manakala, individu itu enggan bersetuju melakukan hubungan seksual ini. Ada juga perundangan yang lain menggunakan istilah serangan seksual atau dipukul untuk seksual dan ada juga yang menganggap sebagai serangan seksual dengan penebusan. Rogol juga boleh dirujuk sebagai hubungan seksual dengan seseorang yang rela tetapi dari segi undang-undang, individu itu masih di bawah umur atau ia lebih dikenali sebagai ‘rogol statutori’.
Ada sesetengah kes juga yang dikenali sebagai rogol kenalan merupakan perogolan yang berlaku antara individu yang keluar berkenalan. Rogol ini disebabkan pukau untuk membuatkan mangsa tidak sedarkan diri sebelum diserang.
“Laporan Jenayah Seragam” (Uniform Crime Reports) di Amerika Syarikat menggunakan istilah rogol paksaan hanya meliputi perogolan seorang wanita oleh seorang lelaki. Namun begitu, badan kehakiman masing-masing boleh mentakrifkan rogol mereka merangkumi serangan seksual ke atas mana-mana jantina. Isu ‘usia kerelaan’ juga berbeza di antara badan kehakiman yang lain.
Di dalam satu kes yang melibatkan seorang wanita yang dirogol oleh seorang anggota polis, Mahkamah Tinggi California mengatakan bahawa pihak mahkamah tidak akan meringankan hukuman rogol malah ia patut dicela, bukan sahaja dari segi moral dan penghinaan kerana telah memusnahkan kebebasan hidup seseorang mangsa perempuan. Walaupun jenayah ini tidak sama dengan pembunuhan manusia, namun perkosaan ini sangat serius dan kejam kerana ia biasanya melibatkan penggunaan kuasa ataupun pengugutan untuk mengatasi kemahuan dan keupayaan mangsa untuk menentangnya. Rogol juga biasanya sering diiringi kecederaan fizikal kepada mangsa perempuan dan ia boleh juga mengakibatkan kecederaan-kecederaan mental dan psikologi.
Rogol juga merupakan satu perbuatan yang tidak bermaruah terhadap seseorang kerana ia tidak lagi boleh diperbaiki dengan sempurna dan ia juga dapat merendahkan sifat kemanusiaan.
Akta Kesalahan Seksual 2003, yang berkuatkuasa pada April 2004, istilah rogol didefinisikan semula. Maksud asal rogol ialah perbuatan bersetubuh melalui kemaluan wanita atau lubang dubur tanpa persetujuan. Istilah ini diubah kepada memasukkan kemaluan lelaki ke dalam kemaluan wanita, lubang dubur atau mulut orang lain. Kesalahan perogolan ini boleh dikenakan hukuman maksimum penjara seumur hidup, berbeza dengan hukuman penjara 10 tahun bagi kesalahan serangan seksual di bawah statut ini yang dahulunya dikenali sebagai perbuatan tidak bermoral.
Walaupun seorang wanita yang memaksa seorang lelaki untuk bersetubuh tidak boleh disabitkan atas kesalahan merogol, wanita itu boleh disabitkan dengan kesalahan kerana menyebabkan seseorang itu melakukan perbuatan seksual tanpa persetujuan. Hukuman ke atas kesalahan ini ialah penjara seumur hidup sekiranya ia melibatkan kemasukan ke dalam mulut, lubang dubur atau alat kelamin wanita. Statut ini juga merupakan kesalahan seksual baru yang dikenali sebagai serangan melalui penembusan. Ia mempunyai hukuman yang sama dengan hukuman rogol dan ia dilakukan apabila seseorang itu memasukkan secara seksual di mana-mana bahagian badan atau apa-apa alat yang lain ke dalam alat kelamin wanita atau lubang dubur tanpa persetujuan.
3.0
RUMUSAN ARTIKEL
Bagi Nadia Ismail, 20 tahun, merupakan seorang remaja yang bertuhankan nafsu semata-mata. Hidupnya sebagai bohsia dalam kalangan mat-mat rempit dalam usia yang terlalu muda iaitu seawal 14 tahun, tidak pernah mengajarnya erti ketakutan atau serik.
Hidup di dalam keluarga yang berantakan menjadi faktor utama mengapa dia terjebak ke dalam kancah yang penuh cabaran ini. Matlamatnya hanya satu iaitu untuk mengejar erti keseronokan yang sebelum ini belum pernah dikecapinya. Namun, dia lupa bahawa langit tidak selamanya cerah. Hidup yang dilaluinya selama ini, menjadi gelap gelita hanya kerana 20 orang lelaki. Dia dirogol oleh 20 mat rempit yang bukan sahaja membuatkan dia cedera parah, tetapi dia juga telah disahkan dijangkiti virus yang sehingga kini masih belum ditemui penawarnya iaitu AIDS.
Pengalaman itu membuatkan dirinya benar-benar insaf. Atas keinsafan itulah, dia mencari jalan sendiri dengan mendapatkan bantuan perlindungan di sebuah rumah perlindungan wanita di Bukit Beruntung, Selangor.
Namanya yang cukup terkenal dalam kalangan mat-mat rempit kerana dia mudah mengikut mat rempit ke mana sahaja termasuk ke bilik tidur. Dia tidak pernah kisah dengan apa yang dia lakukan, asalkan hidupnya gembira.
Keluarganya yang tidak pernah mengambil berat akan keadaan dirinya. Ibu dan bapanya bercerai sejak dia kecil dan ibunya berkahwin lagi dengan lelaki lain. Sejak itu, dia tidak pernah mengenali bapa kandungnya. Hidup dengan bapa tirinya bukan sesuatu yang menyeronokkan, kerana kemiskinan yang membelenggu mereka sekeluarga membuatkan Nadia jiwa remaja memberontak.
Nadia akhirnya memilih jalan hidup sendiri dengan berhenti sekolah dan tinggal bersama kawan-kawannya yang lain. Semenjak itu juga, Nadia putus hubungan dengan keluarganya. Dia semakin liar, hilang maruah diri dan harga diri di dalam usia yang terlalu muda.
Untuk mendapatkan dadah, pil khayal dan minuman keras, Nadia terpaksa menyerahkan tubuhnya sebagai galang ganti kerana hanya itulah satu-satunya cara untuk dia mendapatkan bekalan.
Pengalaman pahit tersebut bermula apabila dia bersama seorang rakannya, Lina mengikut mat rempit yang baru dikenali ke rumah sewanya. Baginya yang sudah biasa dengan pengalaman sebegitu tidak pernah berasa takut untuk pergi ke rumah lelaki. Hanya kerana habuan yang bakal diperolehinya.
Apabila tiba di rumah tersebut, terdapat 20 mat rempit lain yang sedang menunggu mereka. Pada malam tersebut, dia dan Lina bukan sekadar dirogol oleh seorang mat rempit, tetapi lebih 20 orang mat rempit merogol mereka secara bergilir-gilir hingga menyebabkannya pengsan dan tidak sedarkan diri. Paling memalukan, ketika mereka berdua tersedar keesokan harinya, mereka mendapati mereka berdua berada di kawasan perumahan terbengkalai.
Selepas kejadian itu, dia selalu menangis dan merasakan dirinya sudah tidak berguna lagi. Dia bukan hanya menagis disebabkan dirogol, malah dia juga tertekan kerana disahkan oleh doktor, bahawa dia telah menghidap penyakit AIDS ketika mendapatkan rawatan di hospital keranan demam berpanjangan.
Atas pertolongan pihak hospital dan azam untuk berubah, Nadia akhirnya mendaftarkan diri di pusat pemulihan ini. Di sana, dia diajar cara untuk mendekatkan diri kepada Allah.
4.0
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI REMAJA
4.1
Pengetahuan Agama
Isu moral yang terdapat di dalam artikel ini ialah pengetahuan agama yang rendah. Pengetahuan agama yang rendah dan kurang diterapkan di dalam keluarga menjadi punca utama berlakunya kes rogol, sosial, lari dari rumah dan sebagainya.
Justeru, sebagai ibu bapa mereka perlulah memberi didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak mereka semenjak kecil lagi. Bak kata pepatah ‘merentung buluh dari rebungnya’, jadi ibu bapa perlulah membentuk anak mereka sejak kecil agar anugerah yang tidak ternilai kurniaan Allah dididik sepenuhnya dengan penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang.
Ibu bapa mereka sendiri tidak mengamalkan suruhan agama, bercakap dengan anak-anak dengan bahasa yang kasar dan kesat, selalu bertengkar serta tidak mengamalkan tingkahlaku yang sihat adalah menjadi contoh kepada anak-anak mereka. Anak-anak ini membawa sikap tersebut justeru mengamalkannya bersama kawan-kawan yang lain.
4.2 Ibu Bapa
Dalam faktor sosial, peranan ibu bapa amat penting dalam mendidik anak-anak. Kebanyakan ibu bapa bekerja kerana wujudnya perubahan sosial hari ini. Ada kalanya mereka terlalu mementingkan pekerjaan daripada memberi perhatian kepada anak-anak. Mereka cuba memuaskan hati anak-anak dengan hanya memberikan keselesaan dan kemewahan kebendaan tanpa kasih sayang dan masa untuk bersama-sama anak-anak. Mereka lupa bahawa anak-anak juga memerlukan perhatian untuk mendapat maklumat dalam kehidupan seharian. Dari situ anak-anak akan terasa terbiar tanpa kasih sayang dan jagaan yang sempurna. Mereka bercampur dengan rakan sebaya yang bermasalah dan akhirnya menimbulkan masalah sosial.
Ada juga ibu bapa yang tidak menghiraukan anak-anak mereka walaupun mereka tahu apa masalah yang melanda anak-anak mereka. Anak-anak ini mengambil peluang dari sikap acuh tidak acuh ibu bapa mereka untuk bertindak lebih buruk lagi di luar rumah. Akhirnya mungkin pihak polis terpaksa campur tangan dalam hal ini.
Kajian yang dibuat oleh Nabil dalam artikel Mohd. Tajudin (1995) yang berkaitan dengan faktor keluarga menyimpulkan beberapa perkara yang tidak dititikberatkan oleh ibu bapa iaitu ibu bapa tidak menunjukkan teladan yang baik pada anak-anak mereka, ibu bapa tidak mengambil berat tentang pencapaian anak-anak, ibu bapa tidak sefahaman dan sering bergaduh di rumah, pendapatan ibu bapa yang rendah menyebabkan jiwa anak-anak mereka memberontak, dan ibu bapa tidak mengambil tahu aktiviti yang dijalankan oleh anak-anak mereka di luar.
Ibu bapa adalah orang yang bertanggungjawab untuk mencorakkan anak mereka. Guru hanya dapat meluangkan masa selama lima atau tujuh jam seminggu. Terdapat ibu bapa yang terlalu manjakan anak mereka sehinggakan tidak dapat membezakan betul atau salah. Ibu bapa lebih senang mendengar dan mempercayai cerita anak mereka daripada menyiasatnya. Mereka tidak dapat membezakan baik dan buruk sikap dan perangai anak-anak mereka.
4.3 Faktor Sekolah
Pihak sekolah ada kalanya bertindak sendirian sesuka hati tanpa melibatkan ibu bapa, khususnya yang menyentuh masalah yang ditimbulkan oleh murid di sekolah mahupun di luar sekolah. Pihak sekolah harus menyedari, masyarakat setempat adalah satu aset yang boleh dijadikan rakan kongsi yang berkesan untuk membantu pihak sekolah dalam menangani semua masalah yang berlaku, khususnya bagi membanteras masalah sosial dan jenayah dalam kalangan pelajar sekolah.
Mata pelajaran yang diajar di sekolah terlalu padat dan membebankan pelajar. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak dapat menyiapkan tugasan mereka dan ini akan mengakibatkan pelajar tidak berminat dengan guru atau mata pelajaran tersebut.
Penyampaian guru yang membosankan menyebabkan mereka ponteng sekolah. Pelajar turut beranggapan bahawa peperiksaan tidak dapat mengukur kebolehan mereka dan mereka ini lebih berminat kepada kemahiran amali.
Dapatan dari kajian yang dibuat oleh Rafiah dalam artikel Mohd. Tajudin (1995) mendapati bahawa salah satu faktor sekolah yang menyebabkan keruntuhan akhlak dan kemerosotan disiplin adalah berpunca dari guru disiplin yang terlalu bersikap tegas dan keterlaluan dalam menjatuhkan hukuman ke atas pelajar tanpa melihat latar belakang keluarga dan sebab pelajar melakukan perkara tersebut.
4.4 Faktor Rakan Sebaya
Pelajar menganggap peraturan atau undang-undang sekolah sebagai sesuatu yang remeh dan tidak perlu dipatuhi. Mereka akan membentuk kumpulan mereka sendiri dan mengadakan peraturan tertentu dan ahli kumpulan perlulah mematuhinya. Di sini mula timbul masalah disiplin seperti peras ugut, pergaduhan, hisap rokok dan sebagainya. Biasanya apabila ahli kumpulan mereka dipukul mereka akan membalas balik secara berkumpulan.
Bagi remaja perempuan pula, mereka akan membentuk kumpulan mereka dengan mengikut remaja lelaki bersosial sehingga akhirnya mereka terjebak dalam kancah dunia yang penuh dengan sandiwara. Di sini mereka akan mula bersosial dan melakukan sesuatu perkara tanpa berfikir panjang terlebih dahulu.
4.5 Faktor Falsafah Pembangunan Negara
Kalau diperhatikan falsafah dan model pembangunan negara kita sendiri pada hari ini kurang mendapat perhatian dalam mana-mana perbincangan tentang penyakit sosial ini. Inilah sebenarnya akar tunjang kepada masalah-masalah kemanusiaan yang gawat kita hadapi kini. Menurut Idris Zakaria (1997), falsafah pembangunan yang didominasikan oleh falsafah liberal kapitalis di mana soal kemajuan material dan keuntungan kewangan menjadi titik hitung paling utama. Kemudian fahaman pragmatis pula turut menyokong keseluruhan agenda-agenda pembangunan tersebut.
Falsafah pembangunan jenis ini berasal dari barat dan apabila negara dan masyarakat kita berasas dan beracuankan barat, walaupun ada sedikit pengubahsuaian maka hasil dan kesannya adalah sama seperti yang berlaku di barat.
Masyarakat Barat yang selalu dilanda gejala negatif sosial ini, muda-mudi yang jemu terhadap agama dan adab susila sebaliknya menyukai heroin, ganja, budaya disco, perjudian, arak, pelacuran yang diterima sebagai satu pekerjaan, HIV dan AIDS adalah lumrah, rukun hidup berkeluarga semakin terhakis dan manusia hanya menjadi alat pembangunan. Oleh yang demikian kita semua adalah bertanggungjawab untuk menangani masalah sosial ini.
Adalah tidak adil jika masalah ini hanya diberi tanggungjawab hanya kepada para guru sahaja sebab segigih manapun tanggungjawab yang mereka tunaikan, persekitaran sosialnya dalam banyak bidang menyajikan banyak yang berbeza, generasi kita akan kehilangan arah tujuan juga pada masa yang akan datang. Titik tumpuan terbesar adalah orang-orang yang mempunyai kuasa dan orang-orang yang kita letakkan harapan rakyat untuk sedia membuat perbaikkan falsafah pembangunan. Jika mereka tidak bersedia membuat perubahan, negara kita akan terus dilingkari penyakit sosial sepanjang zaman.
5.0
HUKUMAN KE ATAS PEROGOL
Bagi masyarakat Melayu, rogol merupakan jenayah yang paling dahsyat di dalam budaya apatah lagi masyarakat Melayu yang masih mengamalkan budaya ketimuran. Hukuman yang dikenakan tergadap perogol sangat berat. Bagi perogol yang kental (habitual offenders), hukuman seperti kaedah pengasian kimia telah digunakan di dalam sesetengah negara. Manakala, bagi sesetengah negara yang lain pula, rogol adalah jenayah yang boleh dihukum rejam. Rejam merujuk kepada maksud membaling batu iaitu hukuman mati yang dilaksanakan yang mana sekumpulan manusia secara tersusun akan melontar batu kepada pesalah atau perogol sampai mati.rejam telah diaplikasikan sepaanjang sejarah manusia, sama ada untuk menegakan keadilan atau sebagai hukuman. Hukuman jenis ini boleh didapati di dalam teks sejarah Greek, Kristian, Yahudi dan Islam.
Terdapat sejumlah kecil negara masih menganggap jenayah rogol boleh diterima dan digalakan.di beberapa kebudayaan pula, seorang mangsa rogol perempuan akan dihukum sebagai pesalah jenayah kelamin walaupun telah terbukti dan diakui bahawa dia yang telah dirogol. Sikap sosial tentang rogol dan hukuman yang sewajarnya adalah persoalan yang masih hangat diperdebatkan di beberapa kebuyaan Barat. Manakala, bagi negara Barat, jenayah ini biasanya dihukum dengan pemenjaraan dalam jangka masa yang amat panjang. Hukuman ini merupakan hukuman yang paling maksimum. Rogol boleh mengakibatkan hukuman mati di kebanyakkan negeri di Amerika Syarikat pada awal abad ke-20. Lebih kurang 6% iaitu lebih kurang 1/16 daripada perogol-perogol telah tertangkap dan dipenjarakan, menurut statistik RAINN.
Pada 30 Januari 2004, di Malaysia, cadangan untuk mengenakan hukuman sebat ke atas perogol di khalayak ramai diyakini berkesan untuk mengurangkan perlakuan jenayah rogol dan bunuh dalam kalangan masyarakat di negara ini. Pengamal undang-undang Malaysia turut bersetuju dengan langkah itu, namun ia akan memberi kesan yang mendalam kepada penjenayah dan hal ini dapat menjamin kepentingan dan keselamatan awam.
6.0
KESAN KE ATAS MANGSA ROGOL
Kebanyakkan kes serangan seksual berakhir dengan kematian mangsa. Ia juga dapat menjadikan mangsa mengalami kecederaan fizikal yang serius termasuklah kehamilan dan jangkitan sebaran seksual. Kesan yang biasanya dialami oleh kebanyakkan mangsa ialah kesan psikologi. Mangsa rogol dan serangan seksual yang masih hidup biasanya mengalami Sindrom Renjutan Emosi Rogol (Rape Trauma Syndrome(RTS)). RTS ini dianggap sebagi balasan psikologi dan fisologi yang melibatkan perasaan malu, berdosa, ketegangan, kemarahan, ketidakselesaan pada perut, kegundahan dan lain-lain lagi. Balasan-balasan yang dialami dengan apa jua renjutan emosi psikologi menjadi salah satu faktor dan alasan mengapa rogol tidak dilaporkan segera kepada pihak-pihak berkuasa.
Pegawai perubatan di negara barat akan menggesa mangsa rogol agar mendapatkan pertolongan untuk melaporkan jenayah yang berlaku ke atas mereka kepada phak berkuasa dan menggesa mereka untuk mendapatkan rawatan lanjut. Kecederaan fizikal yang terjadi kepada kebayankkan mangsa rogol juga seperti pendarahan gynekologi (gyenecologic hemorrtage) mungkin akan berlaku. Pencegahan daripada hamil dan rawatan pencegahan penyakit sebaran seksual juga mungkin perlu. Sampel DNA mungkin akan diambil pada mangsa rogol bagi membantu dalam pendakwaan perogol terbabit.
Mangsa-mangsa rogol biasanya akan mengalami renjutan emosi yang serius kerana isu-isu seksual ini amat sensitif di dalam jenayah rogol. Contohnya, seorang perempuan terutamanya seorang anak dara telah dirogol, maka masyarakat akan menganggap dirinya sebagai telah ‘rosak’. Perempuan ini biasanya akan memendam penderitaan itu seorang diri dan dia dilarang berkahwin ataupun mungkin saja akan diceraikan sekiranya dia sudah berkahwin. Mangsa rogol ini juga biasanya kan berasa kotor ataupun mereka berasa bersalah dan berdosa.
Proses penghukuman ke atas seorang perogol atau pesalah biasanya kan dihalangi oleh kesan-kesan psikologi seperti mangsa akan berasa malu apabila dikehendaki menceritakan semula kejadian yang telah terjadi kepada mereka terutamanya apabila mereka perlu melaporkan kejadian tersebut kepada pegawai lelaki. Lebih-lebih lagi jika soalan sensitif dan pemeriksaan perubatan yang diperlukan untuk proses pendakwaan diperlukan membuatkan mangsa berasa malu dan tidak selesa.
7.0
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
Jenayah rogol dapat dicegah sekiranya seseorang perempuan mengamalkan langkah-langkah keselamatan yang tertentu bagi menjaga keselamatan diri masing-masing. Undang-undang amat menggalakkan wanita menjaga diri bagi mengelakkan berlakunya sebarang pencabulan ke atas diri mereka kerana pencabulan ini biasanya menggunakan kekerasan yang boleh mengakibatkan kecederaan dan kematian.
Antara langkah-langkah keselamatan yang boleh diamalkan ialah jika seseorang wanita ingin memandu kenderaan secara sendirian, mereka perlulah sentiasa melihat bahagian di dalam kereta sebelum memasuki kereta berkenaan. Kaum wanita juga digalakkan agar memasang penghalang buka kunci kereta di pintu dan di bahagian-bahagian lain yang membolehkan kereta mudah dibuka tanpa kunci. Selain daripada mengelakkan kecurian berlaku, ia juga membantu mengelakkan diri daripada orang yang berniat jahat.
Sebagai perempuan yang banyak kelemahan terutamanya dari segi mempertahankan diri, mereka disarankan agar mengunci segera pintu kereta sebelum membuka kunci keselamatan atau menghidupkan enjin kereta. Hal ini bagi memastikan agar tidak diserang sewaktu leka menghidupkan enjin kereta kerana satu kecuaian yang dilakukan boleh menyebabkan penderitaan yang mungkin akan disesali seumur hidup. Abapila telah berada di dalam kenderaan, pastikan pintu kenderaan terbabit sentiasa dikunci sewaktu memandu untuk mengelakkan berlakunya serangan sewaktu berhenti seperti di lampu isyarat, di persimpangan jalan, dan sebagainya.
Di samping itu, semasa kita sedang berjalan-jalan menuju ke arah kereta di tempat letak kereta, kita perlulah lebih berhati-hati terutamanya tempat letak kereta itu berada di tempat yang sunyi. Justeru, sebagai langkah berjaga-jaga, pemilihan tempat letak kereta amat digalakkan agar perkara yang tidak diingini tidak akan berlaku. Tempat letak kereta yang terang, dekat dengan pintu yang menjadi laluan dan dikawal oleh pengawal keselamatan dan kamera keselamatan amat penting agar keselamatan kita terjamin dan sentiasa dipantau oleh pihak bertanggungjawab.
Apabila seseorang wanita menggunakan pengangkutan awam, pastikan terlebih dahulu penumpang wanita yang lain ada bersama anda. Catatkan nombor kenderaan awam yang anda naiki terutamanya teksi atau gunakan sistem pesanan ringkas (sms) tentang maklumat tersebut kepada kenalan anda yang terdekat. Pastikan juga anda mengenali jalan atau laluan yang ingin digunakan untuk ke tempat yang dituju. Hal ini membolehkan anda mengesyaki sesuatu yang tidak diingini lebih awal dan dapat mengambil tindakan denagn lebih cepat.
Semasa menaiki pengangkutan awam juga, anda digalakkan menelefon atau menghantar sms kepada sesiapa yang terdekat setiap 15 minit atau jangka masa yang dirasakan sesuai atau pastikan telefon bimbit anda sentiasa aktif bagi membolehkan panggilan kecemasan dapat dilakukan. Ia juga akan memudahkan usaha mencari anda jika sesuatu perkara berlaku kerana setiap panggilan, sms dan pancaran telefon bimbit anda akan dicatat di pusat utama telefon bimbit.
Jika anda melihat seseorang yang tidak dikenali, pelik perwatakannya, sdan sedang berlegar-legar di sekitar kawasan kemudahan awam, elakkan diri anda daripada memasuki kawasan terbabit. Sekiranya anda diekori dari belakang, segeralah berlari ke tempat orang ramai sambil membuat panggilan telefon bimbit kepada ahli keluarga atau kepada pihak berkuasa terutamanya pihak polis.
Selain itu, anda juga perlulah mengelakkan diri daripada memasuki lifdi tempat-tempat yang terpencil dan sunyi secara sendirian atau bersama seseorang yang tidak anda kenali atau yang anda curigai terutamanya kaum lelaki. Jika keadaan lif di tempat anda dikhuatiri akan mengakibatkan sesuatu perkara buruk terjadi, segeralah dapatkan bantuan dan kerjasama daripada persatuan penduduk di tempat anda dan anda sendiri perlulah meminta pihak pengurusan bangunan untuk memasang CCTV di dalam lif dan d tempat-tempat yang sunyi dan tersembunyi serta tempat yang dikhuatiri akan berlakunya sesuatu yang tidak elok.
Anda juga perlulah mengelakkan diri anda daripada melalui jalan-jalan di bahagian belakang ataupun kawasan-kawasan yang terpencil dan sunyi. Jika keadaan yang akan anda lalui itu merbahaya, sedialah dari awal iaitu dengan memakai kasut yang sesuai dan mudah untuk anda melarikan diri.
Jika anda berada di rumah, jangan buka pintu rumah anda kepada orang yang tidak dikenali. Pastikan anda mengenali tetamu yang datang terlebih dahulu. Jika ingin bercakap atau bertanya sesuatu, pastikan anda dan orang tersebut dipisahkan di antara pintu pagar ataupun pintu gril yang berkunci. Hubungi orang yang terdekat untuk memastikan maklumat yang diberi betul dan memberi maklumat yang betul kepada orang yang anda hubungi itu. Langkah yang penting ialah anda janganlah sekali-kali membuka pintu rumah kepada seseorang yang tidak anda kenali.
Jika ada yang mengaku sebagai pihak berkuasa, minta mereka tunjukkan kad kuasa mereka dan dapatkan nombor hubungan pejabat mereka untuk membuat kepastian. Jangan berikan kebenaran untuk dia masuk jika anda keseorangan di tempat tersebut. Jika maklumat yang mereka berikan masih meragukan anda dan mereka berkeras untuk masuk, minta mereka tunggu sementara anda menelefon dan mendapatkan bantuan dari orang lain supaya datang ke rumah untuk menemani anda.
Sila dapatkan pegawai wanita dan anda perlulah bertegas tentang perlunya ada pegawai waita yang turut serta untuk masuk ke dalam rumah anda. Sekali lagi, anda perlu meminta nombor hubungan pejabat dan anda menelefon sendiri untuk memastikan kebenaran maklumat yang mereka berikan. Jika tiada pihak polis yang mengiringi mereka, anda perlu bertanya kenapa dan jika perlu, anda berhubung dengan balai polis yang berhampiran untuk mendapatkan maklumat. Anda perlulah mendapatkan dan menyimpan nombor balai polis terdekat.
Pastikan keadaan rumah anda sentiasa dikunci walaupun anda mungkin ingin keluar sekejap atau anda berada di rumah. Anda tidak boleh sesekali lalai mengenai perkara ini. Anda juga perlu memastikan bahawa anda tahu di mana kunci berada tetapi pastikan kunci tersebut berada di tempat yang tidak mudah dicapai dari luar. Anda juga perlulah sentiasa memeriksa keadaan rumah anda terutamanya ruang yang boleh dipanjat masuk. Lakukan sebarang baik pulih untuk menguatkan kawasan yang lemah ini. Anda juga perlulah memasang rantai atau kunci buka untuk memandang ke luar bukan hanya setakat di pintu utama malah di semua bilik. Jika pintu tersebut dibuka, rantai tersebut mampu menahan pintu daripada dibuka.
Seterusnya, anda janganlah menerima sebarang pelawaan untuk menaiki kereta daripada orang-orang yang tidak dikenali atau yang baru sahaja dikenali. Orang-orang yang dikenali juga perlu dikenal pasti dan diketahui oleh ahli keluarga atau teman-teman rapat anda. Beritahu mereka melalui sms atau lefon bimbit tentang nombor pendaftaran kenderaan, warna dan jenis kereta yang digunakan.
Nasihatkan anak-anak anda agar tidak menerima pelawaan untuk menaiki kenderaan, hadiah, makanan atau sebarang bentuk pemberian daripada orang yang tidak dikenali ketika berada di luar kawasan rumah. Sebagai ibu bapa juga, anda tidak digalakkan meninggalkan anak gadis anda bersendirian dengan sebarang lelaki. Hal ini dikhuatiri dapat menjerumuskan anak gadis anda ke lembah maksiat dan rogol.
Tambahan lagi, sebagai wanita, anda perlulah sentiasa melengkapkan diri anda dengan alatan pencegahan seperti siren yang kuat dan penyembur berlada (pepper spray). Tetapi anda haruslah berhati-hati dengan penyembur berlada kerana ia turut menjejaskan mata dan hidung anda. Lakukan semburan tersebut dengan betul dan pastikan ia dituju ke arah sasaran dengan tepat dan anda perlulah segera melarikan diri dan meminta bantuan daripada orang ramai.
Alat komunikasi seperti telefon bimbit kini menjadi kemudahan yang perlu ada bagi setiap orang. Hal ini kerana, telefon bimbit dapat membantu anda di dalam apa jua keadaan seperti membantu anda mendapatkan bantuan atau usaha untuk menjejaki tempat anda berada. Alat komunikasi ini tidak perlu mahal asalkan ia dapat membuat panggilan dan sms kepada sesiapa sahaja.
Pelbagai alatan di dalam beg tangan boleh digunakan sebagai alat mempertahakan diri. Sebagai contoh, pen, pensil maskara, hujung sikat atau berus, semburan minyak wangi atau rambut turut menjadi senjata utama apabila ia disembur pada mata. Anda perlulah menggunakan alat berkenaan semasa anda diserang dan yang paling penting jangan merasa tertekan dan takut menghadapinya kerana anda perlu ingat mempertahankan nyawa dan maruah anda amat penting. Alat berkenaan hendaklah ditujukan pada tempat yang bioleh mencederakan penyerang iaitu mata, perut, lubang telinga, bawah dagu, lengan tangan, paha, alat kelamin, belakang leher, lubang hidung dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk melemahkan penyerang agar anda boleh melarikan diri.
Anda juga perlulah melibatkan diri dan mempelajari seni mempertahankan diri yang mudah seperti teakwando, silat, dan sebagainya. Belajar cara-cara untuk bertahan, mempertahankan diri dan menyerang tempat-tempat yang tertentu. Anda boleh mengikuti seni mempertahankan diri ini di bengkel, sekolah dan sebagainya.
Jika anda keluar makan dengan orang yang baru anda kenali, anda perlu tahu apa yang anda minum dan siapa yang menghidangkannya. Jika boleh, ajaklah teman-teman rapat anda untuk menemani anda. Pastikan juga anda pulang awal dan anda dijemput untuk pulang.
Anda juga tidak boleh membenarkan gambar-gambar anda diambil terutamanya oleh orang yang baru anda kenali. Anda perlulah berhati-hati jika anda mahu melakukan hubungan intim tanpa pakaian kerana dengan adanya teknologi yang serba canggih seperti telefon bimbit, ia membolehkan gambar anda dirakam sama ada dalam bentuk gambar ataupun video dan gambar yang dirakam ini dengan mudah boleh disebarkan di internet. Ia juga boleh menjadi sumber atau bahan ugutan untuk pelbagai perkara yang anda tidak ingini. Jadi anda seharusnya lebih berhati-hati. Hubungan seks adalah satu perkara yang bersifat peribadi, jadi sila pastikan ia tidak dirakam.
8.0
APA YANG PERLU DILAKUKAN SEKIRANYA DIROGOL
Sekiranya anda dirogol, anda perlulah melakukan perkara-perkara seperti berikut iaitu anda tidak boleh terus mandi atau membasuh diri anda. Hal ini kerana pelbagai tinggalan yang melekat di badan anda merupakan bukti yang boleh membawa penjenayah tersebut ke muka pengadilan dan ia juga turut menjadi bukti dakwaan di mahkamah.
Seterusnya, anda perlulah segera mendapatkan bantuan daripada keluarga atau pusat perlindungan wanita. Anda juga dinasihatkan agar mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar kaunseling untuk mendapatkan panduan menghadapi tekanan pada hari mendatang dan mengembalikan semangat yang telah hilang sedikit demi sedikit.
Anda juga perlulah membuat pengaduan di balai polis yang berhampiran pada hari yang sama dalam masa 24 jam kejadian tersebut berlaku. Di situ anda perlulah menceritakan semula kejadian malang yang menimpa diri anda kepada pegawai polis yang bertugas. Segala maklumat yang anda berikan akan direkod dan disiasat dengan lebih lanjut.
Pakaian yang anda gunakan semasa kejadian tidak perlu dibasuh kerana ia juga akan menmjadi bahan bukti dan bahan pendakwaan terhadap penjenayah dan perogol yang terbabit.
Anda juga dinasihatkan agar tidak menganggu kawasan persekitan di mana kejadian itu berlaku. Biarkan keadaan itu di dalam keadaan sebagaimana ia berlaku. Hal ini amat penting dalam membantu pihak polis menjalankan penyiasatan di tempat kejadian.
Mangsa rogol juga perlulah memberikan maklumat yang lengkap tentang kejadian dan rupa bentuk perogol. Walaupun ia merupakan satu tekaan namun ia amat membantu pihak polis untuk memastikan penjenayah tersebut ditangikap dan setiap maklumat yang diberkan di dalam bentuk yang terperinci akan membantu siasatan polis. Jika anda mengalami perasaan malu atau sebagainya, dapatkan polis wanita yang bertugas untuk mengambil keterangan dan maklumat dari anda.
Akhir sekali, anda perlu sentiasa mengingati nasihat ini iaitu anda tidak boleh mempercayai sesiapa kecuali ibu anda. Pastikan tiada kelemahan pada pihak anda yang membolehkan penyerang mengambil kesempatan. Biarlah dikatakan kolot dengan memberitahu keluarga atau membawa keluarga anda untuk keluar “dating”.Hal ini lebih selamat daripada sebarang bentuk jenayah.
Fakta yang paling penting dipetik (IKIM) , banyak jenayah rogol yang dilakukan oleh orang yang dikenali (Acquaintance rape/date rape), seperti namanya, merujuk kepada kes di mana mangsa mengenali perogolnya, baik untuk satu jangka masa yang lama, mahupun untuk jangka masa beberapa jam sebelum kejadian tersebut.
9.0
KESIMPULAN
Pada tahun 2001, hanya 39 peratus kes rogol dan serangan seksual di Amerika Syarikat dilaporkan kepada pihak penguatkuasa. Satu pertiga, menurut Penyelidikan Pengorbanan Jenayah Nasional Tahun 1999. Alasan yang paling biasa diberikan oleh mangsa-mangsa ialah bahawa hal itu adalah hal peribadi dan juga kerana mereka takut akan pembalasan oleh penyerang.
Kaum-kaum advokasi yang berkaitan dengan rogol telah mengemukakan beberapa cara untuk meningkatkan laporan serangan seksual, yang mana kebanyakkannya bertujuan semata-mata untuk mengurangkan renjutan emosi psikologi yang dialami oleh mangsa rogol berikutan serangan tersebut. Pada masa sekarang, seebahagian pihak polis telah menggunakan pegawai wanita untuk mengendalikan kes-kes rogol. Kaum-kaum advokasi juga telah membuat permintaan bahawa proses perundangan perlulah dirahsiakan. Hal ini telah menjadi satu kebiasaan dalam kalangan wartawan Amerika Syarikat yang mana mereka menyembunyikan nama-nama mangsa rogol dalam laporan berita mereka.
Sebilangan kaum-kaum advokasi juga mengendalikan talian panas untuk memberi nasihat dan rawatan kecemasan psikologi. Di negara seperti di Amerika Syarikat, talian panas yang termashyur dan terkenal ialah talian yang dikendalikan oleh RAINN, iaitu akronim bahasa Inggeris untuk "Rangkaian Nasional Rogol, Penyiksaan dan Zina Sebaka ". Hanya RAINN sahaja yang membekalkan talian percuma 24 jam yang sulit di Amerika Syarikat. Nombor telefonnya ialah 1-800-656-HOPE.
"Rogol bergilir-gilir" terjadi apabila sekumpulan orang mengambil bahagian dalam perogolan seorang mangsa, biasanya sekumpulan lelaki terhadap seorang perempuan. Ia merupakan satu kesalahan yang boleh mencederakan mangsa rogol dari segi psikologi, dan dikenakan hukuman yang lebih berat daripada rogol perseorangan di sebahagian bidang kuasa.
Di negara-negara yang mana penyiksaan tidak diambil berat ataupun diterima sebagai kelakuan yang biasa bagi pihak polis dan pihak keselamatan, rogol orang tahanan lelaki dan perempuan sering berlaku. Ia biasanya digunakan untuk 'melembutkan' orang tahanan bagi pemisitan ataupun untuk menakutkan mereka supaya mematuhi peraturan. Dalam masyarakat yang mempunyai pantang larang sosial yang teguh, penyiksaan seksual biasanya digunakan untuk memusnahkan amanah dan pengaruh pembangkang-pembangkang politik.
Rogol dalam keadaan ini sentiasa mempunyai kesan negatif yang lebih mendalam daripada serangan seksual yang biasa berlaku.
Sebahagian binatang nampaknya berkelakuan seakan-akan merogol manusia, terutamanya penggabungaan persetubuhan dengan serangan yang ganas, seperti yang terlihat pada golongan itik dan angsa.
Kita agak sukar hendak menentukan sejauh mana gagasan rogol boleh digunakan pada persetubuhan binatang disebabkan kriteria untuk menentukan rogol dalam kalangan manusia ialah ketiadaan keizinan yang berpengetahuan, yang mana ia sukar ditentukan di golongan binatang.
Walau bagaimanapun, adalah nyata bahawa seekor binatang akan mendekati binatang yang lain untuk menembusinya, yang mana jelas juga bahawa binatang yang lain itu tidak ingin dan melarikan diri. Ini telah menyebabkan sebahagian orang yang berpendapat bahawa penembusan paksaan dalam kalangan binatang adalah kelakuan yang semulajadi, dan mengikut logik ini, rogol dalam kalangan manusia ada kemungkinannya merupakan kelakuan yang semulajadi. Ini adalah satu perkara yang menimbulkan banyak perselisihan faham antara masyarakat.
10.0
RUJUKAN
Gowaty, P.A. and N. Buschhaus. (1997). Fungsi-fungsi persetubuhan ganas and paksa dalam kalangan burung-burung: Penentangan burung betina dan hipotesis CODE. Ahli Zoologi Amerika Syarikat (dalam percetakan).
11.0
LAMPIRAN ARTIKEL
11.1 Artikel Pertama
17 March 2009
Jenayah Rogol Dalam Kanak-kanak Semakin Berleluasa
Oleh: Sufian Abu Bakar
pengarang@utusan.com
KUALA LUMPUR 16 Mac - Setiap kali menyebut tentang jenayah kanak-kanak, tentu
semua masih ingat Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin dan Sharlinie Mohd. Nashar.
Ketika menatap kisah penemuan mayat Nurin Jazlin pada tahun 2007 lalu, adakah kita
sedar bahawa jenayah tragis terhadap kanak-kanak itu sudah hampir dua tahun berlalu.
Begitu juga kehilangan Sharlinie yang sehingga kini belum diketahui nasibnya, walaupun
pihak polis masih berusaha mengesan penjenayah yang terlibat.
Selepas pemergian Allahyarham Nurin Jazlin dan kehilangan Sharlinie, adakah
masyarakat sedar bahawa jenayah seperti itu mungkin akan berulang kembali?
Penjenayah tidak akan berhenti melakukan kegiatan mereka, cuma kita sebagai orang
awam yang kadangkala terlupa dengan jenayah membabitkan kanak-kanak ini kerana ia
tidak mustahil akan berulang, jika tiada langkah khusus diambil segera.
Jenayah rogol membabitkan kanak-kanak berusia bawah 12 tahun di negara ini perlu
diberi perhatian segera oleh kerajaan apabila seramai 55 kanak-kanak di peringkat usia
itu menjadi mangsa dalam tempoh empat bulan pertama tahun lalu.
Angka itu disifatkan amat serius kerana mangsa berusia bawah enam hingga 12 tahun itu
menyumbang sebanyak lima peratus daripada keseluruhan 1,060 kes rogol di seluruh
negara yang dilaporkan sepanjang Januari hingga April 2008.
Penganalisis jenayah tanah air, Kamal Affandi Hashim ketika mendedahkan perkara itu
berkata, angka itu tidak termasuk mangsa yang berusia antara 12 hingga 15 tahun iaitu
sebanyak 531 orang sepanjang empat bulan pertama tahun lalu.
Katanya, jumlah keseluruhan mangsa bawah umur 15 tahun yang menjadi mangsa rogol
di kalangan kanak-kanak atau fidofilia sepanjang tempoh itu ialah 586 orang.
Menurut beliau, langkah segera perlu diambil termasuk menggubal satu undang-undang
baru yang dapat menghalang pesalah laku seks yang dibebaskan dari penjara agar tidak
mendekati kanak-kanak.
"Akta Perlindungan Kanak-Kanak 2001 perlu dipinda bagi mewajibkan pesalah yang
mempunyai rekod jenayah salah laku seks supaya tidak mendekati kanak-kanak.
"Selama ini, fidofilia iaitu pesalah laku seks yang menjadikan kanak-kanak sebagai
mangsa tidak disekat sebaik sahaja keluar daripada menjalani hukuman.
"Mereka ini bebas untuk bekerja di mana-mana dan mudah mendekati mangsa seterusnya
mengulangi perilaku ganas merogol mangsa kanak-kanak," katanya kepada Utusan
Malaysia, di sini hari ini.
Menurut Kamal Affandi, masyarakat di negara ini begitu mudah melupakan tragedi
menyayat hati yang menimpa Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin walaupun peristiwa itu
pernah menggemparkan negara pada tahun 2007 lalu.
Katanya, kehilangan Sharlinie Mohd. Nashar, 5, sejak awal tahun lalu yang ketika ini masih menjadi tanda tanya semakin hilang dari ingatan rakyat selain beberapa kes membabitkan mangsa kanak-kanak antaranya, Nurul Huda Ghani, awal tahun 2004 kerana dirogol dan diliwat.
Sepuluh hari sebelumnya, mangsa rogol Harirawati Saridi, juga berusia 10 tahun ditemui mati dibunuh dengan kainnya tersingkap, di kawasan semak semasa dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Ratau, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah.
"Mereka semua ini menjadi mangsa nafsu serakah penjenayah fidofilia. Sewaktu kes
Nurin heboh diperkatakan, semua rakyat Malaysia melahirkan rasa sedih dengan
kehilangannya itu yang begitu tragis.
"Tetapi cuba anda namakan kepada saya satu program tanggungjawab sosial korporat
(CSR) yang dilakukan oleh syarikat swasta berkaitan dengan pencegahan jenayah,
khususnya bagi membendung jenayah rogol di kalangan fidofilia, ia tidak ada.
"Ketika Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menyelesaikan sejumlah 993 daripada
1,060 kes rogol yang dilaporkan iaitu kadar penyelesaian sebanyak 93.68 peratus, di
sinilah perlunya peranan kita sebagai masyarakat dan agensi badan korporat untuk
membantu membendung jenayah rogol di kalangan kanak-kanak ini," jelasnya.
Kata beliau, tanpa kerjasama semua pihak, usaha mencegah jenayah seksual ini tidak
akan berjaya, malah apa yang dikesalkan ialah pihak swasta perlu memperbanyakkan
program kesedaran termasuk ceramah dan bengkel kesedaran tentang bahaya jenayah ini
di sekolah, taman perumahan dan kawasan pedalaman.
Kamal Affandi berkata, usaha ini perlu kerana ia adalah satu-satunya langkah terbaik
bagi menangani jenayah rogol di kalangan pesakit fidofilia yang tidak mempunyai
penawar.
11.2 Artikel Kedua
Sebat wajar jika mampu kurangkan jenayah rogol
KUALA LUMPUR 30 Jan. - Cadangan mengenakan hukuman sebat ke atas perogol di khalayak ramai wajar dilaksanakan jika pelaksanaannya diyakini mampu mengurangkan perlakuan jenayah rogol dan bunuh.
Pengamal undang-undang yang turut bersetuju dengan langkah itu bagaimanapun mahu kajian terperinci dari segenap aspek diperhalusi terlebih dahulu.
Pindaan undang-undang boleh dibuat untuk membolehkan hukuman itu dilaksanakan, tetapi ia mesti memberi kesan mendalam kepada penjenayah dan dapat menjamin kepentingan awam.
Presiden Majlis Peguam Malaysia, Khutubul Zaman Bukhari berkata, pelaksanaan hukuman sebat di khalayak ramai perlu dikaji sama ada ia benar-benar praktikal dan dapat menjadi pelindung kepada kaum wanita dan pengajaran kepada masyarakat umum supaya menjauhi perbuatan jenayah rogol.
Katanya, kajian mengenai latar belakang perogol itu sendiri perlu dibuat untuk mencari punca mereka bertindak kejam merogol dan membunuh mangsa.
``Pada masa ini undang-undang sedia ada tidak boleh (hukuman sebat di khalayak ramai) jika hendak buat mesti pinda undang-undang dulu.
``Tetapi adalah baik jika kajian dibuat ke atas perogol itu sendiri untuk mengenal pasti punca tindakan mereka,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang meminta empat buah kementerian dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memperhalusi cadangan dan menyampaikan pandangan mereka berhubung perkara itu.
Empat kementerian terbabit ialah Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pendidikan serta beberapa NGO berkaitan.
Rais mahu pihak berkenaan menyampaikan pandangan mereka dan kajian yang dibuat meliputi aspek sosiobudaya, ekonomi, agama dan hal-hal kekeluargaan, wanita dan kanak-kanak di samping beberapa undang-undang berkaitan.
Dalam pada itu, Presiden Majlis Peguam Muslim Malaysia, Datin Paduka Zaitoon Othman berkata, kajian perlu dibuat ke atas kesan yang mungkin berlaku jika hukuman tersebut dilaksanakan.
``Kita mahu kesan daripada hukuman itu dapat menakutkan orang ramai tetapi ia juga mungkin menyulitkan lagi siasatan jika keluarga perogol itu enggan memberikan kerjasama kerana tidak mahu keluarganya dirotan di khalayak ramai,'' katanya.
Justeru, kata beliau, cadangan itu perlu dikaji sedalam-dalamnya oleh pelbagai pihak dan kerajaan kerana ia bukan satu keputusan yang mudah.
Mengulas mengenai keputusan kerajaan mengenakan hukuman berat terhadap penjenayah rogol yang menyebabkan kematian, beliau berkata, ia dapat memberi kesedaran kepada penjenayah dan orang ramai supaya tidak melakukan perbuatan kejam itu.
Ketua Puteri UMNO, Datuk Azalina Othman Said bersetuju jika hukuman sebat dikenakan ke atas perogol di negara ini untuk memberi kesedaran kepada penjenayah dan mendidik orang ramai
``Lelaki harus diberi ingatan supaya tidak menjadikan wanita sebagai objek seks dan saya berpendapat jika hukuman ini dilaksanakan ia akan membawa banyak faedah kepada semua pihak,'' katanya yang juga seorang peguam.
Azalina berkata, selain kajian ke atas perogol kerajaan juga harus memberi perhatian ke atas pencabul yang sering menjadikan wanita sebagai sasaran mereka.
``Perhatian kini tertumpu pada perogol sedangkan pencabul yang secara terang-terangan melakukan perbuatan menjurus ke arah jenayah rogol tidak diberi perhatian sewajarnya,'' katanya.
Seorang lagi peguam, Karpal Singh dalam kenyataannya hari ini turut menyokong penuh keputusan Kabinet meminda Seksyen 376 Kanun Keseksaan bagi mengenakan hukuman mati mandatori ke atas pesalah jenayah rogol yang menyebabkan kematian mangsa.
Pertuduhan rogol yang melibatkan pembunuhan sepatutnya diletakkan terus di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi dengan jaminan perbicaraan yang dijalankan adalah adil.
Bagaimanapun, katanya, adalah lebih baik pindaan undang-undang dibuat untuk memberi kuasa kepada Mahkamah Tinggi membicarakan kes rogol yang menyebabkan kematian daripada kes rogol dibicarakan di Mahkamah Sesyen sementara perbicaraan kes bunuh pula perlu melalui proses di Mahkamah Majistret sebelum dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Abdullah Abu Bakar turut menyokong sepenuhnya keputusan kerajaan untuk menghalusi hukuman menyebat perogol di khalayak ramai.
Kata beliau, hukuman harus disiarkan secara langsung melalui televisyen agar rakyat seluruh negara dapat menyaksikannya.
``Kita mahu disiarkan secara langsung, tayangkan di seluruh negara bagi semua orang lihat. Itu pendirian MBM,'' tegasnya.
Beliau bagaimanapun khuatir tindakan tegas itu tidak dapat mencapai matlamat menghapuskan jenayah rogol dan bunuh sekiranya hanya segelintir masyarakat yang berpeluang menyaksikannya.