Friday, March 11, 2011

PEMEROLEHAN BAHASA KANAK-KANAK

1.0       PENDAHULUAN
Pertumbuhan adalah fokus kajian bidang psikologi perkembangan. Ahli psikologi perkembangan mengkaji aspek-aspek pertumbuhan dan perkembangan manusia dan cuba melihat kaitannya dengan faktor yang mempengaruhinya iaitu baka dan persekitaran. Kedua-dua ini berkait rapat antara satu dengan lain. Konsep pertumbuhan bermaksud perubahan yang boleh dinilai dan diukur secara kuantatif dari satu peringkat ke satu peringkat perkembangan yang lain (Atan Long, 1978). Perubahan biasanya adalah perubahan fizikal yang melibatkan pertambahan kuantiti iaitu misalnya perubahan dari segi berat badan, tinggi dan pertambahan saiz badan. Contohnya pertambahan berat badan kanak-kanak dari 10 kilogram semasa berumur 2 tahun dan menjadi 12 kilogram semasa berumur 3 tahun (Lefrancois, 1990).

Pertumbuhan juga merupakan proses perubahan struktur dan fisiologi yang berlaku dalam diri seseorang contohnya tulang-tulang rangka badan (skeleton) bertambah jumlahnya semakin individu membesar dan juga terjadi pertambahan panjang tulang-tulang dari satu peringkat perkembangan yang lain dan pertambahan panjang ini akan terhenti bila pertumbuhan seseorang menjadi matang iaitu ketika dia remaja (Ramlan Jantan & Mahani Razali, 2002). Melalui jurnal yang dikaji pula menekankan mengenai pertumbuhan bahasa kanak-kanak seawall berusia dua tahun melalui satu tinjauan menyatakan bahawa pertumbuhan kanak-kanak meliputi beberapa komponen iaitu sintaksis , fonologi dan semantik yang tumbuh bersama-sama.

Pertumbuhan sintaksis bermaksud kanak-kanak mula menerbitkan ayat-ayat yang terdiri daripada dua kata atau lebih. Manakala fonologi pula bermaksud pengeluaran bunyi bahasa yang bermakna kepada kanak-kanak dengan berinteraksi dengan kedua ibu bapanya melalui bunyi-bunyi tertentu dan membebel. Peringkat semantik pula membawa maksud peringkat dimana kanak-kanak mula memahami maksud ayat ujarannya atau ayat-ayat yang diterimanya. Menurut beberapa teori yang dikemukan kanak-kanak mula mempelajari beberapa perkataan pada peringkat ini dan mula menggunakan ayat itu sebagai komunikasi seperti teori Shaffer menyatakan ujaran satu perkataan tersebut seolah-olah mewakili makna keseluruhan ayat yang lengkap (Shaffer 1999). Manakala mempunyai persamaan teori Braine (1976) yang menyatakan ujaran mereka mempunyai struktur ayat yang tersendiri iaitu terdiri daripada beberapa perkataan yang digelar “kata paksi” yang digunakan dalam posisi tetap, dan digabungkan dengan perkataan yang jarang digunakan yang dirujuk sebagai “kata bebas” dan mudah digantikan dengan perkataan-perkataan lain. Maknanya disini pertumbuhan bahasa dalam kalangan kanak-kanak sangat penting untuk di gunakan semasa berkomunikasi.



2.0       KAJIAN LEPAS
Kajian bahasa kanak-kanak telah menarik perhatian ramai ahli bahasa dan ahli psikolinguistik. Tujuan utama kajian ini adalah berbeza-beza mengikut minat dan orientasi setiap pengkaji yang terlibat. Ada di antara mereka yang mengkaji tentang pemerolehan bahasa kanak-kanak dan ada pula di antaranya yang mengkaji tentang tahap perkembangan bahasa kanak-kanak. Kajian tentang bahasa kanak-kanak telah dibuat sejak lebih daripada empat puluh tahun yang lalu, bermula dengan kajian Chomsky, melalui bukunya Syntatic Structure (1957). Selepas itu diikuti oleh banyak kajian lain seperti Brown (1965), Langaker (1968), Burling (1970), MacNeil (1970), Slobin (1971), Fishman (1970) dan lain-lain. Kajian-kajian tersebut meliputi pelbagai aspek yang mempengaruhi pemerolehan dan perkembangan bahasa kanak-kanak termasuklah pengaruh persekitaran.

Di Malaysia, kajian tentang pemerolehan bahasa serta bagaimana kanak-kanak menguasai bahasa ibunda mereka juga telah lama dibuat. Namun kajian-kajian tersebut lebih bersifat umum, tidak spesifik sebagaimana yang telah dibuat di barat. Antara kajian-kajian tersebut ialah Mangantar Simanjuntak (1983). Pada tahun sebelumnya iaitu tahun 1963 Atan Long telah membuat kajian tentang perbendaharaan kata bahasa Melayu kanak-kanak prasekolah, tetapi senarai kata dalam kajian itu sudah terlalu lama, iaitu hampir empat dekad yang lalu. Selain itu terdapat kajian kebelakangan seperti Mangantar Simanjuntak (1987), Zulkifley Hamid (1990), Abdul Rashid Ali (1992), Puteri Roslina Abdul Wahid (1999) dan lain-lain. Namun kajian-kajian yang dibuat oleh ahli-ahli psikolinguistik tempatan yang terbaru juga masih mirip dengan kajian-kajian yang terdahulu. Mangantar (1990) dalam kajiannya tentang pertumbuhan bahasa Melayu oleh bayi Melayu mendapati kajiannya sama seperti yang diperolehi oleh Clark (1973; 1977) dalam teorinya yang disebut hipotesis ciri semantik. Perbezaan yang ketara dalam kajiannya ialah bayi-bayi yang diamatinya tidak pernah melalui peringkat penyempitan erti kata seperti yang biasa dilaporkan dalam pemerolehan semantik bahasa lain, khususnya bahasa Inggeris.



3.0       OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk:
a)      memerhati dan melaporkan penghasilan bahasa kanak-kanak yang berusia lebih daripada dua tahun (2.0+) dari segi penerimaan (receptive).
b)      memerhati dan melaporkan penghasilan bahasa kanak-kanak yang berusia lebih daripada dua tahun (2.0+) dari segi pengeluaran (productive).





5.1       Ayat-ayat Bentuk Pengeluaran (Productive)
Ayat-ayat jenis pengeluaran (productive) ialah ayat-ayat yang diujarkan oleh SF dan diterima oleh orang lain. Pertamanya ialah ciri-ciri ayat dan yang keduanya ialah masalah memahami ayat-ayat yang pelbagai itu. Berdasarkan ayat-ayat ujaran SF didapati SF berada pada Fasa Peralihan. Banyak ayat yang dikeluarkan terdiri daripada pola satu kata, dua kata, dan tiga kata ataupun lebih. Kanak-kanak belajar secara bertahap-tahap melalui interaksi sosial yang disebut sebagai “kebolehan komunikatif(communicative competence) oleh Hymes (1972). Unsur-unsur bahasa matetik iaitu bahasa untuk belajar didapati dominan pada SF seperti menggunakan bahasa untuk mmeberi nama, menyatakan tujuan atau hasrat dan bahasa yang dugunakan untuk mengagak sesuatu makna atau keadaan.
Berdasarkan contoh 2 dan 3 menunjukkan bahasa SF yang menggunakan pernyataan-pernyataan bagi tujuan atau hasrat yang khusus ditujukan kepada orang lain yang rapat dengannya.

Contoh 2
SF : Abah, enyok oyi. (Abah, tengok lori)
SK : Auuu....eban....eeee... (Auuu(bunyi kapal terbang)...kapal terbang....eeee(bunyi kapal
        Terbang)
SF : Abah, enyok oyi. (Abah, tengok lori)
        Abah, nk enyok oyi. (Abah,nak tengok lori)
        Apa tuh? (Apa tu?)

Contoh 3
  1. Eto (kereta)
  2. Tu oyi (Itu lori)
  3. Abah nak abit (Abah nak keluar)
Dalam contoh 2, SK menggunakan bahasa proto (protolanguage) yang biasa digunakan oleh kanak-kanak pada perkembangan bahasa fasa pertama. SK juga menggunakan bunyi-bunyi yang mengandungi makna yang berkait rapat dengan sesuatu benda atau perkara. Manakala dalam contoh 3, SF menggunakan ayat-ayat dengan tiga pola iaitu kata tunggal, dua kata dan tiga kata. SF menunjukkan sifat ingin tahu dan memerlukan jawapan daripada orang yang berinteraksi dengannya contohnya, “Abah enyok apa? (Abah tengok apa?)”. Adakalanya SF mengeluarkan ujaran yang memberikan makna hairan seperti “Atu, aik?!!!” (Buku, aik?!!!) (hairan). Perbualan SF sudah mula berubah daripada bentuk instrumen dan regulatory kepada bentuk yang lebih pragmatik (Halliday 1975) iaitu antara ideational dan interpersonal.

5.2  Ayat bentuk penerimaan

Ayat bentuk penerimaan(dalam bentuk ujaran)jenis penerimaan atau reseptif ialah ayat-ayat yang diterima dan difahami oleh SF apabila dijarkan oleh penutur lain.Bagi memudahkan ayat itu difahami oleh SF,penggunaan dialog dan bahsa yang mudah seperti  dialog yang digunakan ‘ibu’ (motherese) iaitu bentuk pertuturan yang disederhanakan sebagai input bahasa yang didengar oleh kanak-kanak.Bahasa pertuturan begini terdiri daripada ayat yang pendek,perkataan-perkataan yang merujuk kepada kepada makna yang konkrit dan tidak  menggunakan imbuhan.

Bahasa itu harus mudah difahami melalui bahasa dan dialog yang digunakan,intonansi dan fungsi yang tertentu,namun ia juga harus dibantu dengan isyarat,visual,gambar dan objek bagi memudahkan proses ingatan.Pengalaman ini boleh dicetuskan menggunakn setting dan situasi yang sesuai,pengalaman ini juga  boleh diingati dengan memberi nama ataupun melabel meskipun hanya menamakan dengan sewenang-wenangnya.Selain itu,jika merek ditunjukkan dengan sesuatu gambar,mereka akan meneka-neka sedangkan hakikatnya mereka tidak tahu kerana gambar itu tiada dalam stok ingatan mereka,jadi mereka akan meneka-neka hinggan mendapat jawapan yang betul.

Permerolehan ini diperolehi melalui proses penerimaan,dan ia wujud sejak kanak-kanak ini lahir lagi,manakala pewujudan bahasa bermula hanya pada umur 1 ½ tahun.Apabila umur meningkat,kapasiti penerbitan bahasa juga bertambah dan semankin mudah diuji tahap kefahamannya.Oleh itu,pengalaman ini boleh diperolehi melalui persekitaran seperti televisyen,buku dan sebagainya.



Thursday, March 10, 2011

salam sume....

salam sume....
alhamdulillah...Allah masih pnjangkan usia kita utk mghadapi ary ni....
lama gak kan, ak xpost anythg kat cni.......yala..
asyk sibuk jer memanjang.....mmg sibuk sgt2...
urm.....sume asgmnt nk kena ciapkn bfore ary ahad nie...
so, faham2 ajela...hehehhehehe.....
tuk mggu dpan lak, ak sibuk giler2 dr pg hingga la mlm...adoiiixxxxxx....kecian..ishhhh3.........
tp nk wat cm na...ni la adat blaja...stiap owg slalu jerk sibuk...
tp sibuk y pelbagai..ngeeeeeeeeeee............
ok la...ase cm nk smbung tido je.....
huhuhu....ala, kelas ptg ary nie..kelas y len batal...fham jerla.....selalu kelas pg..
time cm ni nk gak rehat2..hehhe

ok guys....mahal na mahal kita'....
salam...

Thursday, March 3, 2011

sakit kepala ader, nk blik aderrrr............

salam sume......
ha ary nie kelas d batal kan,....hohoho....
so. xdak kelas ley la rehat ckit...evn smlm dh rehat byk2 sebab sakit kepala sgt..........
tp degil, ubt ader xnk mkn.....huh..
b'tuah punyer bdak....hehheheeheh...
nsib ummy xtau...lau x, d paksanya aku mkn ubt uh..
tp xpe la...
xmau bgtau ummy..
kes biasa je nie...t ummy isau lak sal kesihatan ank die y sowg nie......ummm,
ckp sal ummy nie...rindunye kat ummy...
ase nk blik jer kt kg.........
waaaaaa......bile la cuti pnjg nie.... 'ummy ader tnye, da nk blik kg ke????'
aku ckp la yerrrr kn...tp dr Tnjung Malim ke umah ak amik masa 8 jam....(nga bas)
so ummy ckp, 'nk blik nga flight??'
ak ckp bleyy gakkkkk...
ngeeeeeeeeee....
ummy dh on nk beli tiket flight...tp ak xdak cutiiii..waaaaaaaaaaaa...
cedeyyyyyy3.......
ok la...heeee..
ak nk tgk cite khurafat jap...ngeee...
jom la join ak, lau korang ase nk tgk gak....
hehehhehe..
ok la..
mahal na mahal kita'..
salam..

Wednesday, March 2, 2011

sabar ...datanglah pdku...

salam sume..n have a nice moments......
urm, byk kot y blaku utk 2-3 ary nie.....(masa x update post)


for yesterday... (2/3/11)...
time nie... ade mcm2 y tjd..... kes bngun lewat r...
ada one kid tarik tngan ak ajak g bsuh tngan la...comeyy sgt bdak tu....
ak pon geram jer nk cubit2 pipi die tu..
hehehhe...korang jgn tiru ak tau...kecian bdak tu..lebam t..hehehhe...
urm...and then ak g kelas tnpa pakai kad matrik n then juz wear selipar...hohoho...
xpernah kot ak g kuliah pakai selipar biasa cm tu...
tht's my 1st time.... hopefully after this ak xwat lg.....nasib bek pak cik guard xwat operasi ary tu..
lau x, abis nama ak tjejas.....
ngeeeeeeee.................
mlm lak, ak abiskan masa wat lesson plan utk micro teachg...
there's a lot of thngs tht i hve learned...
len kali dh xmau dh wat last minute cm ni...cm sem 2 dulu jer...
evrythng last minute...
cm smlm, tido lewat giler.... n then xsempat nk prepared...
smata2 cd n some teaching materials y xderkkkk...
penat kot.....
penat otak hingga nk ajar ape xtau..nak ckp ape pon xtau..
xleh pk, blur, blank  n so on....
y wat markah group jd rendah.........rendahhhhhhh.....................n rendahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....................
xdak ape y ak pk sbnarnya time nie......
y ak pk, cm ne nk set up evrythng bia jd ok......
ak xmau markah rendah...
n ak xmau gak d hina like sem 2 dulu.......................
i hateeeeeeee about it..
tp knp xfhm?????
yes, i'm not supposed to do micro teaching... tp sebb ak scare dpt markah rendah...
then ade kate mngata kt blakang.....
yeah, ak xsempat nk prepare ape2 pon masa micro teachng...
nk burn cd ponnnn, cd ade prob......
pk nk bg ape kt student lg...
lau x pk sal ak blaja sni tuk my mum, my dad n my fmily.........
lau xpk ak wat sume tu tuk my carry marks...
ak xkn lakukan semua tu.............
no way..........shitttttttttttttt..............
i really don't like to write this.....
but ak gak xmau nangis n tnggung sume nie.............
Ya Allah...berikanlah ak kekuatan.... andai ini dugaan y perlu ak tempuhi dlm menimba ilmu-Mu...


3/3/11.................
at this time........ak bru blik dr micro teaching..
evrythng not very good.................
mane nk good nye lau xsempat nk plan ape y perlu d ckp..
ape y perlu d ajar....
spttnye....
smlm ak kena concentrate 4 micro teaching jer...
xperlu pk itu xde..
ini xder....
hal2 y ley wat otk ak blurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr spnjang masa.................................
evrythng kelam kabut.....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
arghhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

evrythng make me feel sad......

i'm really tension abt it...............
tht's y i'm supposed to post this on my blog to make me feel better and more cool.....
adoiiiixxx..................ak xtau la apa lg y akn dpt...
ni, pk y tingkah laku lak.....
sptt nye time nie, evryone dh prepare bhgian mane nk kena present.........
dh cri pe mklumat y perlu di ckp bile d tnye...
xperlu la nk arapkan org len...................
arggghhhhhhhhhhhh..............
am i gonna be crazy???????

terima kasih wat ummy...
sebab ajar ak bersabar...even sometimes ak xdpt nk pendam sowg2....
maaf...ak btol2 sensitif ........tp ni la diri ak....
wish me 2 be more patient abt it ok??...
thnks frenzzzz....
salam...

Sunday, February 27, 2011

pemuda saya...

Impian saya..
Berkahwin dalam usia yang muda..
Dengan pemuda yang mempunyai kecintaan pada ALLAH melebihi cinta kepada dunia..
Dengan pemuda yang meraih redha daripada kedua ibu bapa saya juga kedua ibu bapanya..

Saya tidak perlu kepada...
Pemuda yang hensem paras rupanya,
kerana paras rupanya nanti mungkin akan membuatkan
perempuan tergila-gila..
(Wah.. bisa jeles saya nanti)

Saya juga tidak perlu kepada...
pemuda yang mewah hartanya,
kerana hartanya juga nanti akan membuatkan
perempuan tergila-gila..
(Wah.. nanti jeles juga saya nanti)

Cukuplah syarat saya kepada 'pemuda' itu,
" Kamu mampu membawa saya kesyurgaNya?
Jadi, kamu berhak memiliki saya.."

Coretan Hati,
Fasihah Zakariyya

Saturday, February 26, 2011

cerpen ~~permata buat suamiku...~~


"Sudah lima tahun Man, lima tahun! Sudah lama benar kau kahwin dengan perempuan itu! Jangankan tiga, seorang cucu pun Mak tak dapat lagi!"
Datin Syuhada sudah tidak dapat bersabar lagi. Sikap acuh tidak acuh Azman benar-benar membuatkan dia naik darah. Ini bukan kali pertama Datin Syuhada naik angin. Sudah hampir seratus kali agaknya Azman mendengar bebelan yang sama setiap kali dia datang menemui ibunya itu.
"Dulu Mak dah cakap. Jangan kahwin dengan perempuan itu. Dia tu mandul! Tengok muka dia pun Mak dah tahu dia tu tak sihat. Tapi kau tak pernah nak dengar cakap Mak. Kau kahwin juga dengan dia. Sekarang kau terimalah padah akibat ingkar kata-kata Mak. Orang lain baru dua tahun kahwin pun dah ada dua orang anak, engkau ni dah lima tahun kahwin, seorang anak pun tak ada!"
Datin Syuhada terus-menerus melayan amarahnya. Betapa emosinya pada waktu itu dikuasai oleh syaitan laknatullah yang ligat menghembuskan hasutan dan kata-kata keji ke dalam hati wanita berusia separuh abad itu.
" Rezeki tu di tangan Allah Mak. Mungkin belum sampai waktunya lagi. Kalau Man sebagai suami boleh bersabar, mengapa Mak tak boleh? Susah sangat ke, Mak?", sedih Azman apabila terpaksa bertelagah dengan ibunya setiap kali mereka bersua muka.
Bukan senang untuknya mencuri masa bertemu dengan ibunya. Namun, setiap kali ada peluang bertemu, pasti isu zuriat yang akan dibangkitkan. Kadangkala Azman terfikir, andai saja ayahnya masih ada, pasti ibunya tidak akan bersikap sebegitu.
Pemergian Datuk Rosmi telah membawa perubahan besar dalam kehidupan mereka. Terutama sekali terhadap ibunya. Ibunya kini bukan lagi seorang insan penyayang, bukan lagi seorang insan yang lembut dan sopan, juga bukan lagi seorang insan yang halus bicaranya.
Secara jujurnya, perubahan pada sikap Datin Syuhada benar-benar menyiksa batin Azman. Ayahnya pergi dengan membawa bersama sinar cahaya yang dahulunya menjadi penerang di kala siang, pelita di kala kelam.
Kewibawaan dan kehebatan Datuk Rosmi sebagai nakhoda kepada bahtera yang mereka layarkan ke lautan Ilahi benar-benar menjadikan beliau sanjungan isteri serta waris tunggalnya. Azman, satu-satunya permata yang mampu diberikan oleh Datin Syuhada dibentuk dan diasuh dengan penuh kasih sayang serta perhatian walaupun amat sibuk dengan pelbagai urusan di luar kota.
Datuk Rosmi dan Datin Syuhada sentiasa memastikan waris tunggal mereka mendapat segala yang diperlukan bagi mendepani dunia yang penuh fatamorgana yang mampu menyesatkan jiwa-jiwa yang kosong. Sejak kecil lagi, Azman dibentengi dengan ilmu serta pengetahuan dalam bidang agama. Tidak lupa juga pengetahuan duniawi yang membantunya berjaya di dunia ini.
Sungguh kiamat itu benar, dan atas kepercayaan itulah Datuk Rosmi tidak pernah leka dalam memastikan ahli keluarganya bersedia untuk menerima kedatangan hari itu nanti. Dia tidak mahu keluarganya tergolong dalam kalangan manusia-manusia yang kerugian.
Namun, sejak beliau pergi menyahut panggilan Ilahi, segala-galanya telah berubah. Rumah besar yang dahulunya terang menjadi gelap-gelita. Sunyi dan sepi tanpa cahaya Ilahi. Tidak ada lagi kehangatan serta kasih sayang di dalam rumah itu. Pernah suatu ketika dahulu Azman tersesat dari jalan yang dahulunya pernah dia lalui bersama arwah ayah tercinta. Imannya cukup rapuh ketika itu. Serapuh besi berkarat yang yang boleh hancur dengan hanya sekali jentik sahaja. Namun, cepat-cepat dia tersedar lalu membetulkan landasannya.
Alhamdulillah...Kehadiran Syakila ke dalam hidupnya memudahkan lagi usahanya kembali ke jalan Allah. Syakila, sekuntum bunga indah yang dia temui di rumah Allah terus di angkat menjadi zaujahnya sebaik sahaja dia mengenalinya melalui seorang Ustaz.
Syakila hidup sebatang kara. Hidupnya di bumi ini menumpang kasih Allah yang disalurkan melalui seorang insan mulia seperti Ustaz Hasan. Dengan keyakinan bahawa Azman akan membimbing Syakila ke jalan syurga, Ustaz Hasan dengan rela hatinya menyerahkan Syakila kepada Azman. Tidak ada sedikit pun keraguan di hatinya terhadap jejaka soleh seperti Azman. Doanya agar mereka berjaya di akhirat kelak.
***********
" Ila, Mak dah tak boleh sabar lagi! Mak dah ada calon untuk Azman. Dah lima tahun kau kahwin dengan Azman, tapi kau tak mampu nak berikan Mak walau seorang cucu pun. Mak dah tak tahan bermenantukan perempuan cacat macam kau. Sekarang kau pilih sendiri. Sama ada kau beri Mak cucu dalam masa tiga bulan ni, atau kau izinkan Azman kahwin lagi. Ingat, Ila! Azman tu satu-satunya anak Mak. Mak tak boleh terus berdiam diri andai keturunan Mak dibiarkan tak bersambung begini. Lagi satu! Kalau sampai Man tahu hal ni, kau tahulah nasib kau nanti!”
Panggilan tersebut hampir saja membuatkan Syakila rebah menyembah bumi. Berkecamuk hati wanitanya apabila kata-kata keras seperti itu dituturkan kepadanya. Hati wanita mana tidak sedih jika menerima panggilan seperti itu.
"Astarghfirullahal ‘azim..." Beristirghfar panjang Syakila sebaik saja menerima amaran keras tersebut. Sungguh tidak dia sangka, ibu mertua yang selama ini disanjungnya bagai ibu kandung sendiri sanggup menuturkan kata-kata tersebut terhadapnya. Syakila sedar siapa dirinya. Wanita yang serba kekurangn, wanita yang tidak sempurna.
Bukan dia tidak pernah berusaha. Sudah bermacam -macam ikhtiarnya dengan Azman. Namun, tidak satu pun usahanya menunjukkan hasil yang diinginkan. Syakila redha, mungkin Allah masih ingin mengujinya. Ujian ini adalah suatu tarbiah buatnya. Bibirnya tidak pernah putus berdoa kepada Allah. Doanya agar suatu hari nanti Allah akan mengurniakannya seorang permata yang bakal mendoakan dia dan suaminya di saat mereka sudah tidak ada lagi di dunia ini.
Nabi Ibrahim a.s. yang mendapat tempat khusus di sisi Allah tidak pernah mengeluh walaupun dikurniakan dengan cahaya mata hanya ketika usianya sudah lanjut. Inikan pula dirinya. Dirinya yang hanya merupakan makhluk yang lemah lagi hina di sisi Allah. Syakila yakin bahawa ujian yang didatangkan kepadanya tidak sia-sia. Pasti ada hikmah di sebaliknya. Sama seperti pelangi indah yang muncul sesudah hujan di siang hari.
***********
Syakila menyambut kepulangan cinta hatinya dengan senyuman yang paling manis. Dia tidak mahu bermuram durja apabila sedang bersama suaminya. Syakila cuba memaniskan wajahnya semanis yang mungkin. Walaupun begitu, ada kesedihan di mata beningnya yang terkesan oleh Azman. Segera Azman mencari puncanya.
" Ila, kenapa ni? Kenapa isteri Abang sedih hari ni? Patutlah air panas yang Abang minum ni pun terasa sejuk je. Rupa-rupanya, ada orang tengah berduka ni....", lembut sekali bicara Azman terhadap ratunya itu. Diselitkan sedikit jenaka dalam kata-katanya tadi. Dia cuba memancing tawa Syakila.
Syakila menjadi sedikit gugup. Sungguh dia gagal menjadiaktres terbaik setiap kali berdepan dengan suami tercinta. Walaupun begitu, dia tidak semudah-mudahnya meluahkan segala rasa pahit yang sedari tadi dipendamnya jauh di lubuk hati yang paling dalam. Biarlah hempedu itu dia telan sendiri. Dengan suara yang manja, Syakila membalas gurauan suaminya.
" Abang tu la... Keluar tak ajak Ila pun. Lepas tu, tinggalkan Ila lama-lama kat sini. Sorang-sorang pula tu. Ila rindu tau..."
Azman ketawa besar. Sikap manja yang ditunjukkan oleh isterinya yang terkadang tegas itu benar-benar mencuit hatinya. Dia merangkul erat permaisurinya itu. Sungguh dia kasih akannya. Tidak pernah sekali pun dia menyesali pernikahannya dengan Syakila. Kehadiran sekuntum bunga indah ke dalam hidupnya sudah cukup untuk membuatkan Azman mengucap syukur kepada Allah di setiap hembusan nafasnya. Mereka bahagia walaupun setelah lima tahun, rumah itu masih belum dihiasi dengan tawa riang anak kecil.
*********
Lena Syakila malam itu ditemani air mata duka. Ditatapnya puas-puas wajah tenang yang sedang lena diulit mimpi di sebelahnya. Bila difikirkan semula, ada betulnya juga kata-kata ibu mertuanya tadi petang. Azman perlu meneruskan keturunannya. Syakila mula memikirkan kembali akan keputusan besar yang harus dia hadapi nanti.
Lama dia beristikharah malam itu. Pintanya agar dia diberi kekuatan dan kebijaksanaan dalam membuat keputusan yang sebaiknya. Kasihnya pada Azman terlalu tinggi. Andai seorang zuriat mampu menyerikan lagi hidup Azman, Syakila rela. Dia rela berkongsi kasih meskipun hatinya bakal terluka. Apa yang penting baginya adalah kebahagiaan Azman.
"Ya Allah... Berikanlah hamba-Mu ini kekuatan dalam mengharungi cabaran dari-Mu...", rintih hati kecil Syakila. Air matanya bercucuran mengenangkan suami yang mungkin akan dikongsikan bersama wanita lain nanti.
Andai saja dia bisa menjadi sekuat Sarah. Sarah, isteri milik Nabi Ibrahim a.s. Wanita mulia yang cukup kuat untuk berkongsi kasih sayang suami tercinta bersama seorang wanita lain bernama Hajar. Wanita mulia yang akhirnya dikurniakan Allah seorang zuriat atas kesabaran serta keteguhannya.
*********
Dua bulan berlalu. Pertemuan Azman dan ibunya tidak lagi diisi pertelingkahan apabila Azman membawa Syakila dengan sebutir permata yang sedang membesar di dalam rahimnya. Sejak hari itu, sikap Datin Syuhada terhadap Syakila berubah serta-merta. Rajin sekali dia menjaga Syakila. Sungguh dia kini kasih pada menantunya itu. Menantu yang dahulu dia caci maki dek kerana kekurangannya sebagai seorang wanita. Sungguh Allah itu Maha Mendengar. Doa Syakila serta Azman yang bertahun-tahun lamanya termakbul jua.
"Ila, Abang redha Ila sebagai isteri Abang selama ini. Abang halalkan makan minum Ila. Abang ampunkan segala dosa-dosa Ila. Abang tunggu Ila kat sini. Abang tunggu Ila datang denganpermata kita. Abang sayangkan Ila.”
Azman mengucup lembut dahi isterinya yang bakal dibawa masuk ke wad bersalin sebentar sahaja lagi. Syakila tetap tersenyum manis walaupun kesakitan yang dia tanggung hanya Allah sahaja yang tahu.
Tempoh sembilan bulan menunggu kehadiran si permata cukup membahagiakan buat Azman. Kasihnya pada Syakila kian mekar sepanjang tempoh itu. Anak yang mereka gelarkan permata itu seringkali mereka perdengarkan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran setiap malam. Sungguh kasihnya mereka kepada zuriat mereka yang bakal lahir itu.
**********
Tiga jam berlalu begitu sahaja. Tangisan bayi perempuan yang memenuhi ruang tersebut cukup menggembirakan Azman. Namun, hatinya tidak keruan kerana tangisan itu tidak datang sendirian. Ada tangisan lain yang mengiringinya. Azman kenal suara itu. Cukup kenal.
Dia segera merempuh ke dalam wad tanpa menghiraukan para jururawat yang sedang bertugas. Dilihatnya Syakila sedang tidur. Dia tersenyum senang. Dihampirinya jasad lemah itu. Dikucupnya dahi Syakila dalam-dalam. Namun, saat dia memberikan kucupan tersebut, dia tidak dapat mengesan hembusan nafas Syakila. Ditatapnya wajah itu puas-puas. Jasad itu sudah kaku. Tidak bergerak lagi.
Azman tersungkur di hadapan jasad kaku tersebut. Sesungguhnya, Syakila telah syahid dalam pertarungan agung itu.

gadis n cinta...


Seorang gadis tinggal di sebuah pekan kecil. Zaman kehidupannya bukanlah di saat Islam sedang memuncak naik menjadi Daulah Islamiyah. Tetapi dia yakin, Daulah Islamiyah itu kelak pasti akan tercapai. Dia gemar membaca sirah tentang tokoh-tokoh sahabiah yang agung nama mereka; dulu, kini dan selamanya.
Zaman kehidupannya penuh dengan jahiliyyah yang menguasai setiap ruang lingkup atmosfera. Alhamdulillah, katanya. Alhamdulillah katanya, kerana Allah SWT masih mahu menyinari hidup dan dirinya dengan sedikit cahaya Islam. Dengan cahaya itu dia menilai baik dan buruk. Sudah tentu, ianya bukanlah mudah.
Rabiatul Adawiyah sumber inspirasinya. Wanita suci yang mengabdikan diri sehari-hari untuk beribadat kepada Allah. Seorang gadis yang sangat menjadikan Rabiatul Adawiyah sebagai idolanya, kadang-kadang dia tersilap langkah juga. Bukan senang mahu menjadi seperti Rabiatul Adawiyah, tambahan pula dengan kehidupan dunia kini. Tak mengapalah wahai Si Gadis, menjadi seorang yang perfect seperti Rabiatul Adawiyah, kamu mungkin tak mampu, paling tidak, kamu berusaha bersungguh-sungguh mencontohi beliau. Seorang yang sangat menjaga maruah diri sehinggakan kehidupan dunia bukanlah yang diingini.
Gadis ini suka akan doa Rabiatul Adawiyah yang ini.
"Ya Allah, sekiranya aku menyembah-Mu kerana takut kepada neraka, bakarlah aku di dalam neraka. Sekiranya aku menyembah-Mu kerana mengharapkan syurga, campakkanlah aku dari syurga. Namun sekiranya aku menyembah-Mu semata-mata demi-Mu, janganlah Engkau enggan memperlihatkan keindahan wajah-Mu yang abadi kepadaku."
Dia hanyalah seorang gadis biasa. Suatu hari yang penuh berkat, muncul satu kunjungan untuk keluarga Si Gadis. Kunjungan luar biasa yang pastinya membincangkan isu masa depan Si Gadis dan Sang Teruna. Perbincangan yang pastinya menuju kepada sebuah pelayaran bahtera Baitul Muslim. Itu lah agendanya.
Dia terfikir, bagaimana mahu jadi seperti Rabiatul Adawiyah kalau begini keadaannya? Namun, menolak kepada sebuah perkahwinan bukanlah apa yang Si Gadis merasakan suatu yang betul.
Paling tidak, dia mahu menjadi seperti wanita yang menarik kuda Fatimah (anak Rasulullah SAW) untuk memasuki syurga. Wanita itulah yang pertama memasuki syurga! Sungguh hebat pengabdian wanita tersebut kepada keluarganya terutamanya kepada suami nya. Hebat-hebat kisah sahabiah yang ada! Si Gadis sungguh terinspirasi! Kerana sesungguhnya menjadi tujuan setiap manusia untuk menuju ke syurga-Nya yang abadi.
Kata-kata Zainab Al-Ghazali, "...Hidup ini terlalu singkat untuk menjadi orang biasa...". Perlu jadi yang luar biasa untuk mendapat tempat yang luar biasa di akhirat kelak!
Si Gadis pernah terbaca tentang satu hadis.
"Bila telah datang (untuk melamar) kepada kalian seorang lelaki yang kalian redhai agama dan perangainya (akhlaknya), maka nikahkanlah dia, bila kalian tidak melakukannya, nescaya akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang bermaharajalela." (Riwayat At Tirmizy, Sa'id bin Mansur, At Thabrani, Al Baihaqi dan dihasankan oleh Al Albani)"
Masakan perlu ditolak kerana kejayaan mendirikan sebuah Daulah Islamiyah juga berasaskan dengan tertubuhnya sebuah Baitul Muslim. Baitul Muslim tidak akan berjaya tanpa adanya 2 individu yang benar-benar ingin menerapkan Islam ke dalam diri mereka, sekaligus berusaha untuk mengembangbiakkan Islam dalam masyarakat. Menolak lamaran daripada insyaAllah, seorang yang soleh bukanlah apa yang Si Gadis mahukan.
Pertemuan 2 buah keluarga sedikit sebanyak telah melegakan Si Gadis. Kerana dia tidak mahu berkawan dengan lelaki yang sebarangan. Berkawan yang tidak tentu hala yang akhirnya tak tahu apa tujuannya.
Namun dia sedar pertemuan ini, kalaulah pun mendapat 'restu' untuk berkawan daripada ibu bapa kedua-dua belah pihak, bukanlah satu tiket untuk mereka berhubung tanpa ada tujuan yang membenarkan.
Perjalanan masih jauh. Pesan seorang pakcik, perlu sangat berhati-hati dan berdoa.
Tiada apa yang Si Gadis sepertinya dapat berharap, hanya agar Allah SWT memudahkan setiap cabang perjalanan hidupnya.
Apa-apa pun, saya suka mendengar Si Gadis bercerita. Katanya, dia bercerita untuk berkongsi agar ada bahagian daripada ceritanya boleh dijadikan teladan.